ANWAR BERTEMU PUTERA MAHKOTA SAUDI, BINCANG KERJASAMA DUA HALA

75
SHARES
241
VIEWS

YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkesempatan melakukan kunjungan ke atas Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed Bin Salman Bin Abdulaziz Al-Saud di Istana Yamamah, Riyadh sebagai acara penutup lawatan kerja ke negara Semenanjung Arab tersebut.

Perbincangan berkisar isu dua hala melibatkan kedua-dua negara Malaysia dan Arab Saudi dalam suasana mesra dan persahabatan yang utuh.

YAB Perdana Menteri turut melontar penghargaan dan menjunjung kebijaksaan Arab Saudi dalam menganjurkan Sidang Kemuncak yang mempertemukan kedua-dua rantau yakni ASEAN dan negara-negara Teluk (GCC) untuk kesekian kalinya. Ini menjadi platform tepat dalam memperkukuh kerjasama di lapangan politik, ekonomi, sosio-budaya dan juga keselamatan, selain memberi penekanan pada isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

Malaysia dan Arab Saudi bersetuju mempertingkat hubungan dua hala ke peringkat Perkongsian Strategik Malaysia-Arab Saudi meliputi pelbagai lapangan, termasuk penganjuran Majlis Penyelarasan Malaysia-Arab Saudi (SMCC), lapangan tenaga hijau di bawah Inisiatif Hijau Arab Saudi (SGI) dan pelaburan strategik.

Isu penting lainnya yang disentuh ternyata isu Palestin dan kemanusiaan. YAB Perdana Menteri turut menegaskan agar kedua-dua negara berusaha untuk menghentikan keganasan dan pembenihan kefanatikan yang pastinya akan memburuk keadaan dan menambah kesengsaraan warga Palestin.

Malaysia menjemput Putera Mahkota untuk melakukan kunjungan rasmi ke Malaysia yang dijangka akan diadakan pada sekitar bulan Januari 2024 kelak, Insya-Allah.

Beliau mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa hubungan istimewa Malaysia dan Arab Saudi kini telah memasuki lembaran baharu yang lebih erat dan kukuh atas dasar dan pendekatan keuntungan bersama.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts