TERNYATA KEBIMBANGAN ORANG MELAYU DAHULU MENJADI NYATA PADA HARI INI

526
SHARES
1.3k
VIEWS

Seronok membaca jurnal akademik tulisan dua orang pensyarah UUM ini mengenai bagaimana pendirian NGO dan parti politik Melayu tahun 1943 dulu beriya-iya menentang idea pemberian kerakyatan Malayan Union secara mudah kepada pendatang dari China dan India.

Saya juga terharu membaca bagaimana Raja-Raja Melayu juga menzahirkan kebimbangan Baginda terhadap isu kebolehpercayaan terhadap kesetiaan mereka kepada Malaya berbanding negara asal mereka.

TERNYATA KEBIMBANGAN ORANG MELAYU DULU MENJADI NYATA PADA HARI INI

Apabila cucu cicit kaum pendatang yang diberi kewarganegaraan telah menunjukkan ciri-ciri tidak taat dan tidak lagi setia kepada tiang seri Kontrak Sosial seperti mana yang dipersetujui oleh datuk dan moyang mereka dahulu yang terdesak mengemis kewarganegaraan Malaya dan tidak mahu balik ke negara asal kerana tiada peluang kehidupan yang lebih baik di negara asal berbanding Malaya.

Namun orang Melayu walaupun mulanya menentang pemberian kewarganegaraan tetapi lama-kelamaan mengendurkan ego berkenaan atas janji pendatang untuk MENGHORMATI;

  • Agama Islam sebagai Agama Persekutuan
  • Bahasa Melayu
  • Raja-Raja Melayu
  • Hak Istimewa Melayu berbanding mereka

Namun selepas 72 tahun, TERNYATA orang Melayu hari ini mula mempersoalkan datuk dan nenek moyang kami pula, mengapa begitu mudah mengalah kepada sandiwara pendatang yang rupanya SENTIASA menunggu peluang memadam sejarah lampau atas nama hak asasi kesamarataan manusia.

Sebagaimana kita melihat pendatang haram Bangladesh, Myanmar atau Nepal hari ini, bayangkan cucu mereka suatu hari nanti dapat jadi Menteri Sumber Manusia.

Tidak dapat dibayangkan apa reaksi orang Melayu jika terus dibuli sebegini.

Oleh Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz

(Beliau juga lebih dikenali sebagai Buzze Azam, seorang peguam di Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co dan juga Ketua Penerangan (Penaja) kepada Parti Bumiputera Perkasa Malaysia atau PUTRA)

Sila rujuk jurnal akademik yang dimaksudkan melalui pautan di bawah;

http://conference.kuis.edu.my/pasak2017/images/prosiding/sejarah/08-DR.-NOR-AZLAH.pdf

 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts