AHLI POLITIK DAN AKTIVITI UNDERWORLD

303
SHARES
822
VIEWS

Oleh Mohd Puad Zarkashi

21 Februari 2019

Akhbar The Sun Daily hari ini melaporkan, Timbalan Ketua Polis Negara TS Noor Rashid Ibrahim mengingatkan ahli politik yang ada hubungan dengan pertubuhan haram agar tidak dipergunakan oleh penjenayah sebagai ‘balaci’ mereka.

Tanpa angin masakan pokok bergoyang. Kenyataan TS Rashid menimbulkan lebih banyak pertanyaan siapakah ahli politik yang rapat dengan penjenayah ‘underworld’ itu. Sudah tentu Polis ada maklumat. Bukankah lebih baik mereka itu didedahkan sahaja.

Kita bimbang bukan sahaja ahli politik yang menggunakan penjenayah sebagai balaci mereka seperti ugutan, ancaman dan sebagainya, tetapi juga ada ahli politik yang menjadi balaci kepada penjenayah.

Kita pernah dikejutkan, apabila penguatkuasa Majlis Perbandaran membuat serbuan terhadap premis-premis yang menjual arak tanpa lesen di Selangor. Ekoran dari itu seorang anggota Exco Kerajaan Negeri mengarahkan agar arak-arak yang dirampas itu dipulangkan semula.

Kita juga tidak mahu ada ahli politik yang terlalu rapat dengan taukeh-taukeh judi. Sepatutnya ada SOP yang tidak membenarkan syarikat judi menaja aktiviti rasmi jabatan atau agensi kerajaan. Takut ada conflict of interest.

Semoga kes syarikat judi Da Ma Chai menaja rombongan PDRM ke Turki tidak berulang lagi.

Diharap Lim Guan Eng beringat dengan teguran Timbalan Ketua Polis Negara itu.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts