RAJA SALMAN TIBA DI MESIR UNTUK HADIRI SIDANG KEMUNCAK LIGA ARAB-EU

115
SHARES
371
VIEWS

Raja Arab Saudi, Raja Salman Al Saud, tiba di Mesir semalam, dalam lawatan rasmi Baginda bagi menghadiri Sidang Kemuncak EU-Arab.

Raja Salman akan mengetuai delegasi Saudi pada sidang kemuncak tersebut, yang akan diadakan di Red Sea Resort di Sharm El-Sheikh.

Sidang kemuncak selama dua hari itu adalah sebagai titik permulaan untuk Liga Arab dan Kesatuan Eropah bagi meningkatkan kerjasama terhadap perkongsian keutamaan strategik termasuk isu migrasi, keselamatan dan perubahan iklim.

Perkara lain yang turut dibincangkan melalui pertemuan tersebut adalah mengenai pembangunan ekonomi, isu Palestin dan konflik di Libya, Syria dan Yaman.

Lawatan Raja Salman tersebut adalah memenuhi jemputan daripada Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi, yang akan menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak dua hari tersebut.

Misi untuk mengukuhkan hubungan Arab dan Mesir turut akan dibincangkan semasa lawatan tersebut.

Embedded video
Pesawat yang membawa Raja Arab Saudi, Raja Salman Al Saud tiba di Mesir bagi menghadiri Sidang Kemuncak Liga Arab-EU yang akan berlangsung selama dua hari – gambar ehsan Arab News
Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts