4.1 JUTA VISA UMRAH TELAH DIKELUARKAN OLEH ARAB SAUDI

384
SHARES
2.3k
VIEWS

Bilangan visa Umrah yang dikeluarkan oleh kerajaan Arab Saudi bagi tahun ini telah melebihi 4.1 juta.

Menurut data yang disediakan oleh Kementerian Haji dan Umrah, jumlah keseluruhan visa yang diluluskan ialah 4,116,827, di mana 3,672,648 jemaah telah tiba di Saudi dan terdapat 439,785 jemaah masih berada dalam negara, dengan 302,263 di Mekah dan 137,522 di Madinah.

Majoriti jemaah haji iaitu seramai 3,266,663, memasuki Arab Saudi untuk menunaikan umrah menggunakan kapal terbang, manakala 374,915 jemaah memasuki Arab Saudi melalui jalan darat dan baki 31,070 tiba di Saudi dengan menggunakan jalan laut.

Jumlah jemaah terbesar adalah daripada Pakistan (910,028), diikuti oleh Indonesia (596,970), India (391,087), Yemen (200,239), Malaysia (193,364), Mesir (189,496), Turki (158,403), Algeria (127,563)  dan Bangladesh (93,760).

Data mingguan juga menunjukkan bahawa terdapat seramai 8,430 lelaki dan 1,739 wanita yang bekerja di dalam syarikat dan pelbagai institusi Umrah.

Kerajaan Saudi sememangnya menitikberatkan perkhidmatan Haji dan Umrah serta mereka menjadikan perkhidmatan ini sebagai salah satu daripada keutamaan negara.

Pelan pembaharuan iaitu Wawasan 2030 Saudi, juga menyasarkan untuk menarik lebih daripada 30 juta jemaah Umrah, dengan menyediakan prasarana dan perkhidmatan kelas pertama ketika mereka berada di negara ini agar dapat mengalami pengalaman yang luar biasa.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts