Nampaknya Lim Guan Eng dan kerajaan Pakatan Harapan masih tidak serik untuk memperdaya rakyat dengan membuat janji-janji palsu apabila tiba setiap kali musim pilihan raya.
Terkini, beliau membuat janji tidak masuk akal dengan menjanjikan “berita gembira” buat rakyat Negeri Sembilan khususnya di Rantau apabila berkata akan melaksanakan lencongan bagi projek Landasan Keretapi Pantai Timur atau ECRL sehingga ke Negeri Sembilan.
“Menteri Kewangan Hong Kong” itu berkata, kerajaan ada “berita sangat baik untuk Negeri Sembilan” berhubung pembinaan ECRL di mana jika rundingan Putrajaya dan Beijing membuahkan hasil, jajaran laluan ECRL itu akan diubah suai yang akan memberi manfaat kepada negeri tersebut.
Datuk Lokman Noor Adam turut menempelak Guan Eng di atas cadangan tidak masuk akal beliau itu kerana perlaksanaan lencongan tersebut memerlukan kos yang tinggi apabila laluan asal ECRL dari Pahang menghala ke Selangor dan terus ke Pelabuhan Kelang akan diubah.
Lokman berkata, jika Pakatan Harapan menang di PRK Rantau, maka laluan ECRL itu akan melencong ke Rantau sebelum berpatah balik semula ke Pelabuhan Kelang.
Menurut beliau, cadangan ini hanya akan dipercayai oleh orang gila sahaja kerana melibatkan pertambahan kos berpuluh billion ringgit bagi melaksanakan lencongan tersebut.
Beliau turut menyindir, adakah Guan Eng sememangnya tidak berfikir apabila mengeluarkan sebarang kenyataan dan bertanya adakah selepas ini ECRL dari Rembau akan ke Sandakan terlebih dahulu sebelum kembali ke Pelabuhan Kelang (kerana selepas ini akan diadakan PRK di Sandakan).
Adakah ECRL akan membuat lencongan ke semua kawasan yang akan diadakan PRK selepas ini? – persoalan yang turut dilontarkan oleh Lokman atas ketidakwarasan Guan Eng membuat janji kepada rakyat di Rantau, semalam.
Justeru, adalah lebih baik pihak kerajaan membubarkan Parlimen secepat mungkin bagi memberi laluan kepada PRU-15 diadakan, agar seluruh rakyat Malaysia dapat menikmati manfaat ECRL yang akan dilaksanakan serentak di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dan bukan hanya di Negeri Sembilan.
Jika Pakatan Harapan tidak berani membubarkan Parlimen, maka sudah-sudahlah menipu rakyat dan mula tunaikan manifesto satu persatu.