PPBM BANGGA MENCIPTA SEJARAH

357
SHARES
1.2k
VIEWS

Oleh Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi

Muhyiddin bangga, dia mencipta sejarah kerana berjaya menumbangkan parti UMNO sebagai parti besar dan lama.

Ketua Armada Wan Ahmad Fayhsal pula bangga PPBM mencipta sejarah kerana memiliki dua Perdana Menteri walaupun umur baru setahun jagung.

Sebenarnya banyak lagi sejarah ciptaan PPBM. Antaranya, menang satu kerusi di Perak tetapi Menteri Besar dilantik daripada PPBM. Menang 13 kerusi tetapi jawatan Perdana Menteri mereka punya.

Justeru PPBM parti yang bangga mencipta sejarah. 

Tetapi banyak lagi sejarah lain yang PPBM cipta cuma mereka malu untuk berbangga. Antaranya PPBM satu satunya parti penguasa yang didokong oleh majoriti “Ahli Parlimen katak”. 

Perdana Menteri PPBM juga mencipta sejarah kerana kali pertama nasihat Perdana Menteri (kes darurat) di bawah Perkara 40 kepada YDP Agung tidak laku dan tidak diguna pakai.

Di Johor, dua Menteri Besar dari PPBM paling singkat pegang jawatan dalam tempoh tidak sampai tiga tahun.

Apakah kerajaan dokongan PPBM akan tumbang kali ke-2 sebelum tamat tempoh sepenggal memerintah?

Selamat memecah banyak rekod.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts