PEMIKIRAN DR. MAHATHIR

97
SHARES
313
VIEWS

Pemikiran Dr. Mahathir

Oleh Anak Pagar Ruyong

12 Ogos 2018

Dr. Mahathir Vs. Equanimity

Dr. Mahathir berkata, US Authorities mengesahkan kapal layar  The Equanimity ini dibeli oleh Jho Low dengan duit 1MDB (satu tuduhan).

Syarikat yang didaftar memiliki kapal layar ini dari Caymen Islands, mendapat perintah mahkamah supaya kapal layar ini dipulangkan balik kepada tuan punya. Penahanan kapal layar ini oleh pihak Indonesia IS ILLEGAL (TIDAK SAH DI SISI UNDANG-UNDANG).

Pihak Indonesia tidak mahu masuk campur, serah kepada Kerajaan Malaysia.

Kes Satu
Anwar Ibrahim vs. Dr. Mahathir

Ingatkah kita kes pertama tuduhan meliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri?

Ketika kes ini, pihak Polis telah diarah untuk menyerbu sebuah kondominium di Bangsar bernama Trivoli Villa.  Pemeriksaan dibuat oleh pihak polis di sebuah bilik (yang dipercayai) digunakan oleh Datuk Seri Anwar dan satu tilam telah dibawa keluar dari kondominium tersebut sebagai bahan bukti.

Gambar-gambar TILAM TERSEBUT tersebar luas di akhbar-akhbar tempatan dan TV untuk memberikan GAMBARAN bahawa PERKARA TERSEBUT benar-benar berlaku.

Akhirnya, Anwar dituduh melakukan KESALAHAN PENYALAHGUNAAN KUASA. Tilam tidak dibawa ke mahkamahpun.

Kes Dua
Dr. Mahathir vs. Jho Low
Kapal Layar yang dirampas oleh Indonesia diminta oleh Dr. Mahathir untuk dibawa ke Malaysia (kerana itu Dr. Mahathir ke Jakarta berjumpa dengan Jokowi).

Kapal layar ini dibawa ke Malaysia untuk dipertontonkan kepada rakyat Malaysia bahawa kes 1MDB ini benar-benar berlaku kecurian DANA DUIT RAKYAT.

Tetapi rakyat tidak dibenarkan naik ke kapal layar ini, boleh tengok gambar sahaja. Sebab takut Kapal rosak dan tidak boleh dijual kepada pembeli.

‘Up keeping‘ kapal layar ini akan menelan belanja RM2 juta sebulan. Kalau 12 bulan, RM24 juta.

Sekarang mereka kata nak jual dalam waktu terdekat. Kemudian nanti, mereka akan bagi helah, tidak boleh jual cepat kerana PROSES MAHKAMAH.

Kes kapal layar ini akan didebatkan di mahkamah di dalam dan luar negara. Kemungkinan besar akan mengambil masa antara 1 atau 2 tahun baru selesai.

Kesimpulannya
Rakyat sudah sedar BAGAIMANA PEMIKIRAN DR. MAHATHIR, memutar belitkan isu untuk kepentingan politik dan Pakatan Harapan.

OH RAKYAT KU.

Tengoklah.

ANTARA EQUANIMITY DAN SEBUAH TILAM TRIVOLI.

Salam.

(Dihantar melalui Whatsapp)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts