ADA BERAPA “WAR ROOM” PRU-15 DI BAWAH JPM DAN PMO?

323
SHARES
1k
VIEWS

Ada segelintir pihak yang sangsi dengan kewujudan beberapa ‘war room‘ antara Mahiaddin dan agensi perisikan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang beroperasi di luar pengetahuan Perdana Menteri, namun kini terbukti benar sepertimana yang telah didedahkan sebelum ini.

Rujuk berita di pautan; https://editormalaysia.com/26447/

Lebih teruk, war room tersebut dibuat bukan untuk membantu urusan politik Perdana Menteri tetapi untuk parti dan pemimpin lain, yang beroperasi di Kompleks Kerajaan di Parcel B bangunan B3 dan B5. Selain itu sekali-sekala mereka akan bertemu seumpama program ‘retreat‘ di salah sebuah tempat peranginan yang beralamat di Sungai Ruan, Pahang bagi perbincangan khusus yang lebih sulit. Tempat ini juga dimiliki oleh rakan kepada ketua pengarah agensi perisikan tersebut. Antara yang terlibat dibawa masuk sebagai pasukan war room ialah bekas ketua pengarah unit khas strategik, iaitu salah sebuah unit yang beroperasi di bawah agensi sebelum ini. 

Apa yang mengejutkan, kewujudan war room ini sebenarnya diketahui oleh salah seorang penasihat kepada Perdana Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO), yang kini giat mencari siapakah dalam kalangan mereka yang telah membocorkan rahsia tersebut. Beliau sepatutnya mencari jalan untuk menghentikan perbuatan khianat yang dilakukan di belakang Perdana Menteri bukan bertindak sebaliknya. Patutlah apabila beliau dimaklumkan, perkara tersebut tidakpun disampaikan kepada Ismail Sabri kerana rupa-rupanya beliau sendiri bersama kumpulan war room ini.

Sungguhpun begitu, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Berita mengenai kewujudan war room Mahiaddin-agensi perisikan JPM dan PMO ini termasuk fungsinya telahpun sampai ke pengetahuan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan membuatkan kumpulan ini mula ketakutan. Ismail Sabri juga berasa kecewa kerana pihak yang diamanahkan membantu, kini ‘menikam’ belakangnya. 

Apapun, selepas pelbagai pihak mengesahkan kewujudan war room ini serta menyampaikan pelbagai laporan dan maklumat kepada Perdana Menteri, maka diharapkan bukan sahaja ia ditamatkan serta-merta malah penasihat beliau itupun wajar dihentikan. Ini kerana ‘baiah’ beliau dengan Mahiaddin tidak pernahpun berubah, tidak seperti yang ramai sangkakan termasuklah Ismail Sabri sendiri.

Apapun, semoga hal ini menjadi iktibar dan ketua pengarah agensi yang terlibat dapat segera bertemu Perdana Menteri untuk meminta maaf kerana telah terkhilaf menyokong dan membantu bekas Perdana Menteri Mahiaddin. Beliau juga perlu memantau ‘kiblat’ pegawai-pegawai di bawahnya yang kebanyakannya masih menyokong agenda Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional. 

Semoga hujung tahun ini beliau dapat bersara dengan tenang dan selepas itu terpulanglah jika masih mahu mencurahkan khidmat bakti kepada Mahiaddin dan Bersatu. Ketika itu tentu tiada siapa yang peduli kerana bukan lagi bergerak atas kapasiti agensi.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts