“WAR ROOM” MAHIADDIN-AGENSI RISIKAN JPM BEROPERASI DI LUAR PENGETAHUAN PERDANA MENTERI

461
SHARES
2.7k
VIEWS

Mengejutkan apabila ada pihak mengesahkan kewujudan sebuah “war room” politik yang beroperasi di luar pengetahuan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selaku Perdana Menteri Malaysia. Tidak menjadi masalah jika wujud sepuluh war room sekalipun jika ia tidak melibatkan mana-mana agensi atau jabatan kerana Tan Sri Mahiaddin Yassin kini bukan lagi Perdana Menteri. 

Selain itu tidak menjadi masalah jika wujud sepuluh war room sekalipun yang melibatkan agensi atau jabatan di bawah arahan Ismail Sabri kerana beliau merupakan Perdana Menteri. Selaku Perdana Menteri, beliau boleh mengarahkan agensi risikan di bawahnya untuk melaksanakan tinjauan, kajian dan mendapatkan pandangan rakyat mengenai pelbagai isu terutamanya yang melibatkan kepentingan awam, selagi ia tidak dilakukan untuk tujuan peribadinya.

Selain itu, war room politik Mahiaddin-agensi risikan di bawah JPM ini bukan sahaja membelakangkan Ismail Sabri malah dilihat ‘mencabar’ beliau sebagai Perdana Menteri. Ini kerana sepatutnya penjawat awam berkhidmat dengan penuh kesetiaan kepada Perdana Menteri semasa yang diberi amanah oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk memerintah negara ini. Sepenuh bantuan sewajarnya dicurahkan kepada beliau dan bukannya bekas Perdana Menteri kelapan Mahiaddin yang kini hanya mempunyai jawatan kecil dan tidak penting selaku Pengerusi Majlis Pemulihan Negara.

Justeru diharapkan ketua dan agensi risikan di bawah JPM ini dapat memaklumkan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri mengenai semua laporan war room mereka yang selama ini diberikan kepada Mahiaddin, termasuk strategi salah yang dibuat Ismail Sabri kebelakangan ini.

Cukup-cukuplah berkhidmat kepada Mahiaddin kerana beliau tidak layakpun menggunakan agensi sulit kerajaan apabila tidak lagi menjadi Perdana Menteri. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts