ADAKAH ANNUAR BARU NAMPAK KEJUJURAN PAS SETELAH DIPECAT? – PUAD

76
SHARES
246
VIEWS

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi hari ini menyindir Tan Sri Annuar Musa dengan sebuah pantun mengenai sikap suka berbohong yang diubah sedikit mengikut sikap bekas Setiausaha Agung UMNO itu. 

Siakap senohong, gelama ikan duri. Masuk PAS cakap bohong kerana kepentingan diri.” 

Puad berkata bahawa Annuar tidak akan menyertai semula UMNO walaupun Presiden Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi merayunya kembali ke pangkuan parti itu. Sedangkan menurut Puad, Zahid berkata jika sesiapa yang digantung atau dipecat mahu kembali ke pangkuan UMNO perlulah merayu, bukan sebaliknya. 

Zahid tidak cakappun begitu. Zahid kata, pintu UMNO terbuka untuk bekas ahlinya hadir PAU 2023. UMNO juga terbuka jika mereka merayu untuk kembali menjadi ahli UMNO.” 

Puad juga menyindir Annuar, yang angkuh mengeluarkan kenyataan tidak ada sebab sisa-sisa hartanya dihabiskan untuk UMNO, namun janganlah pula Annuar masuk PAS kerana mahukan jawatan untuk menambah harta yang tinggal ‘sisa’.

Puad juga hairan kenapa setelah lapan kali Annuar berlawan dengan PAS di pilihan raya baru sekarang beliau nampak kejujuran PAS? Adakah Annuar hanya nampak kejujuran PAS setelah dipecat dan hilang jawatan? 

Atau baru sekarang Annuar nampak masuk PAS (boleh) masuk syurga?” soal Puad mengakhiri kenyataannya. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts