Pelantikan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini mendapat reaksi positif dalam kalangan masyarakat dan netizen yang turut memujinya sebagai calon terbaik yang ditunggu-tunggu oleh mereka selama ini.
Semakan di dua laman Facebook milik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution mendapati kesemua komen netizen adalah positif, malah bergembira dan teruja dengan lantikan tersebut.
Antaranya oleh Rashidi Mahamod yang berkata, “Tahniah dan selamat bertugas buat Datuk Seri Ayob Khan. Tumpang bangga sebagai anak Kedah dan Alumni UKM yang terus melebarkan motto keramat ilmu, mutu dan budi. Semoga setia berbakti demi pertiwi.”
Malvine Xray dan Dom King serta Siva Sangaran masing-masing tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah, “Congratulations Datuk Seri Ayob Khan Bin Mydin Pitchay“, “Congratulations terbaik” dan “Tahniah Datuk Seri.“
SParthiban Subramaniam berkata, “Wow tahniah terbaik #datukayobkhan u deserve it.” Man Sam berkata, “Power decision, tahniah Datuk Seri Ayob Khan,” manakala Jia Herng Teoh berkata, “Setuju 100% atas lantikan Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, terbaik Datuk Seri Saifuddin Nasution.”
Devakaramoham Kunyapa pula berkata ringkas, “Bravo Datuk,” dan Azemi Zemi berkata, “Allahuakbar terbaik Datuk Ayob, bekas Ketua Polis Johor ini adalah salah seorang antara yang terbaik pernah berkhidmat di negeri Johor. Semoga maruah Malaysia dikembalikan dan disegani oleh dunia dengan adanya individu seperti ini. In sha Allah semoga Allah SWT melindungi kita dan negara kita semua, amin.”
Selain itu, ramai dalam kalangan netizen, selain mengucapkan tahniah, mereka juga berharap agar Timbalan KPN baharu ini bakal menjadi KPN pula selepas ini. Antaranya Muru yang berkata, “Tahniah Datuk Seri Ayob Khan, semoga lepas ni jadi Ketua Polis Negara pula.”
Azmizi Omar pula berkata, “Tahniah Datuk Seri Ayob Khan, kalau ada rezeki jadi orang No.1 lepas ni.” Hairul Yazid pula mengambil kesempatan memuji pihak kerajaan yang bertindak bijak melantik Datuk Seri Ayob dengan berkata, “Tahniah Kerajaan Perpaduan terbaik. Alhamdulillah ini berita yang sangat baik, semoga kerajaan Madani terus cemerlang.”
Netizen yang teruja juga memuji Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Saifuddin serta Kerajaan Perpaduan di atas pelantikan yang amat ditunggu-tunggu mereka sejak sekian lama, seumpama bulan jatuh ke riba masing-masing.
Sebagai rekod, semakan yang sama dibuat ke atas lantikan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain juga mendapati netizen memuji dan memberi sokongan padu kepadanya selaku KPN baharu yang menggantikan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, cuma komen-komen positif terlalu banyak dan tidak mungkin kesemuanya dapat dimuatkan.
Justeru, sekalung tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Ayob Khan, tentu gandingan mantap bersama KPN baharu Tan Sri Razarudin ini mampu membawa angin perubahan, sekaligus mengharumkan nama pasukan Polis DiRaja Malaysia kelak, In sha Allah.