ANWAR HADIR MAJLIS HADIS SAHIH AL-BUKHARI PERINGKAT KEBANGSAAN

71
SHARES
230
VIEWS

YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan syukur diberi kesempatan menghadiri Majlis Perasmian dan Peluncuran Majlis Hadis Sahih Al-Bukhari Peringkat Kebangsaan di Masjid Putra, Putrajaya, malam tadi.

Majlis ini turut mendengar syarahan Al-Allamah Sheikh Abu Bakar Ahmad, Mufti Besar India dan Sheikh Dr. Usamah Sayyid Al-Azhari, Penasihat Agama Presiden Mesir.

Menurut YAB Perdana Menteri, pemilihan tema perbincangan mengenai Sahih Bukhari ini amat penting kerana Imam al-Bukhari menetapkan standard yang tinggi melalui proses penaakulan yang berhati-hati dan penuh tanggungjawab.

Ketepatan matan hadis, riwayat dan darjat thiqah para perawi menjadikannya sebagai salah satu daripada rujukan hadis yang mempunyai tahap autentik yang paling tinggi.

Dalam majlis ini juga, YAB Perdana Menteri menyampaikan kepentingan persiapan ilmu dalam tasawwur yang menyeluruh bagi menyediakan umat Islam yang kuat menghadapi cabaran semasa.

Beliau turut menzahirkan penghargaan atas kesudian kedua tokoh ulama antarabangsa memenuhi undangan dan berkongsi hikmahnya bersama masyarakat di negara ini. Semoga majlis seperti ini akan terus dihidupkan demi meningkatkan kefahaman dan pencerahan ilmu dalam kalangan umat.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts