KENYATAAN MEDIA YDP PERKASA P.PINANG
PERKASA Pulau Pinang kesal dengan pemimpin PH yang beragama lslam dan sebangsa dengan tidak langsung peduli dengan isu Masjid Jamek Sungai Nibong Besar.
Ketika isu Kuil Seafield Menteri keturunan India mempertahankan kuil tersebut yang melanggar undang-undang serta telah diberi pampasan walaupun terletak di tanah milik pihak lain.
Malang menimpa umat Islam dan Melayu tiada seorangpun Menteri-menteri Melayu beragama Islam terutamanya Saiffudin Nasution ahli Parlimen Bayan Baru dan Mujahid Menteri Agama langsung tidak pedulikan yang melibat isu masjid, tanah kubur dan tanah wakaf umat lslam. Jangan pandang remeh isu yang melibatkan umat lslam.
Mana Pemimpin Melayu Islam PH seolah tidak peka kepada isu yang berkaitan dengan umat lslam dan Melayu?
Ingat, anda dipilih untuk membela rakyat bukannya tunduk kepada kerakusan segelintir ahli politik dan pemaju yang mengejar keuntungan atas nama pembangunan.
Sanggup dan tergamakkah anda memperjudikan nasib rakyat untuk kepentingan segelintir ahli politik dan pemaju yang tamak?
Umat Islam dan Melayu telah banyak berkorban atas nama perpaduan dan pembangunan.
Jangan pula tanah wakaf dan kubur orang lslam untuk dikorbankan atas nama pembangunan tetapi mempunyai muslihat yang lain.
Ikhlas daripada:
Nasir Hj Othman
YDP PERKASA Negeri Pulau Pinang
5 Julai 2019