PRN MELAKA: PENDIRIAN PERKASA MALAYSIA 

347
SHARES
2k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA PERKASA

18 November 2021

1. Pilihan Raya Negeri Melaka (PRN Melaka) pada 20 November ini sepatutnya tidak perlu diadakan sama sekali jika semua pihak menghormati pilihan rakyat Melaka semasa PRU-14.

2. Tetapi Kerajaan Melaka pilihan rakyat semasa PRU-14 itu telah dijatuhkan oleh beberapa Ahli-ahli Dewan Negeri (ADUN) sendiri dan bukannya oleh rakyat Melaka. Kerana itu, kerajaan campuran lain pula menubuhkan kerajaan Melaka baharu.

3. Kemudian ADUN-ADUN dalam Kerajaan Melaka yang baharu itu pula menjatuhkan kerajaan mereka sendiri. Tiada bukti sama sekali ia atas kehendak rakyat Melaka. Jelas ia merupakan perbalahan sesama mereka atas sebab kepentingan peribadi.

4. Atas sebab ketamakkan dan kepentingan masing-masing, rakyat Melaka menjadi mangsa. Segala urusan membangunkan negeri dan membantu rakyat jadi terbantut. Pimpinan semua parti politik berkenaan memberi segala tumpuan kepada PRN Melaka. Mereka yang berebut kuasa, tetapi rakyat dimangsakan.

5. Apakah akan selesai masalah politik negeri Melaka sebaik tamat PRN Melaka dua hari lagi? Tidak. Ia akan berlarutan sehinggalah PRN seterusnya. Rakyat Melaka terus jadi mangsa kerakusan parti-parti politik sedia ada.

6. Melayu dan Bumiputera dalam negeri Melaka akan menerima kesan yang lebih teruk berbanding kaum lain kerana perebutan kuasa demi kepentingan peribadi ini terbukti jelas adalah di kalangan pemimpin-pemimpin dari parti-parti Melayu sedia ada.

7. Sehubungan dengan itu, Ahli Dewan Tertinggi PERKASA bersetuju mengumumkan bahawa PERKASA Malaysia memohon semua ahli-ahli PERKASA dan orang Melayu yang mengundi di DUN Duyung, DUN Pengkalan Batu, DUN Sungai Rambai, DUN Gadek dan DUN Paya Rumput agar memilih calon daripada parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) yang menggunakan simbol tanjak. 

8. Tindakan memilih PUTRA di lima kawasan itu adalah untuk menunjukkan kuasa sebenar adalah rakyat. Rakyat berani menolak parti yang pemimpin-pemimpinnya lebih pejuangkan kepentingan peribadi, keluarga dan kroni berbanding perjuangkan hak rakyat.

9. PUTRA merupakan parti yang dilulus pada 2019 adalah sebuah parti yang tidak bergabung dengan mana-mana pakatan. Ia kerana PUTRA mahu lebih bebas dan berani menyuarakan kepentingan Islam, Melayu dan kaum Bumiputera lainnya.

10. PERKASA telah memerhatikan parti PUTRA sejak ditubuhkan, ia merupakan satu-satunya parti yang sentiasa bersuara dengan tegas terhadap isu-isu yang membabitkan kepentingan Islam, Melayu dan Bumiputera serta negara berbanding parti-parti yang lain.

11. PERKASA yakin jika parti PUTRA memenangi beberapa kerusi DUN, mereka akan menjadi penentu pembentukan kerajaan baharu Melaka. Ketika itu nanti, PERKASA percaya parti PUTRA akan buktikan betapa kepimpinan parti itu kekal tidak beretorik dan tidak hipokrit sama sekali. Apa yang PUTRA kata, itu yang akan dikotakan.

12. Pimpinan PERKASA mengenali rapat dengan pimpinan parti Putra dan percaya mereka mampu mengubah langskap politik negara ke arah yang lebih positif, sekaligus memberi jaminan memelihara kepentingan Islam, Melayu dan Bumiputera serta kaum-kaum lain tanpa kompromi.

13. PERKASA berharap pengundi-pengundi di lima kawasan DUN tersebut memilih calon daripada PUTRA bersimbolkan tanjak tanpa ragu-ragu. PERKASA sendiri akan menjadi penentang utama kepada parti PUTRA jika parti ini terpesong daripada landasan asal perjuangan mereka atau bersikap “cakap tidak serupa bikin”. 

14. PERKASA juga memohon ahli-ahlinya serta pengundi-pengundi Melayu di kawasan DUN yang lain agar memilih calon-calon yang bukan daripada Pakatan Harapan kerana perjuangan DAP serta rakan-rakannya dalam gabungan itu amat bertentangan dengan perjuangan PERKASA. PERKASA kekal menolak DAP dan pihak yang bersama mereka yang memperjuangkan hak kesamarataan untuk semua kaum dan penganut agama.

Sekian dan terima kasih.

Syed Hassan Syed Ali

Setiausaha Agung

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia(PERKASA)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts