BILAKAH PEMBERIAN AIR PERCUMA DI SELANGOR AKAN DILAKSANAKAN?

355
SHARES
2.1k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA YB DATO’ DR AHMAD YUNUS HAIRI

Pesuruhjaya PAS Selangor

Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (Sijangkang)

Selain daripada isu gangguan bekalan air di Selangor yang tidak pernah selesai, Kerajaan Negeri juga gagal melunaskan janjinya untuk memberikan air percuma sebanyak 25 meter padu kepada golongan B40 sepertimana yang telah diperuntukkan dalam Belanjawan Selangor 2019.

Pada peringkat awal, Menteri Besar Selangor berkata akan melaksanakannya pada Suku Pertama 2019, namun kini sudah Suku Ketiga, program ini masih belum berjalan. Mengapa?

Program Air Percuma 20 meter padu setiap bulan mula dilaksanakan kepada seluruh rakyat Selangor sejak tahun 2008. Faedah tersebut diberikan tanpa mengira taraf ekonomi, kaum, agama dan fahaman politik.

Namun, program subsidi tersebut telah diselaras dan diberi hanya kepada golongan B40 bermula tahun 2019. Golongan B40 tersebut mestilah berdaftar dan mempunyai profil data dalam senarai e-Kasih. Oleh itu, tidak sukar untuk Kerajaan Negeri melaksanakan inisiatif tersebut dengan cepat.

Berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi, sehingga Julai 2019, seramai 1.6 juta pemegang akaun yang layak untuk diberikan bantuan.

Namun, janji pemberian air percuma 25 meter padu masih belum dilunaskan. Hal ini menunjukkan kelemahan pihak Kerajaan Negeri untuk mengutamakan kepentingan rakyat khususnya golongan B40.

Pelbagai isu air masih belum diselesaikan secara tuntas oleh pihak kerajaan sejak konsesi diambil alih pada tahun 2018.

PAS Selangor mendesak subsidi ini mesti disegerakan dan mahu semua pihak memfokuskan kepada agenda kebajikan rakyat melangkaui daripada isu pertikaian dalaman parti.

Sekian.

29 Zulkaedah 1440 | 1 Ogos 2019

https://berita.pas.org.my/bilakah-pemberian-air-percuma-sebanyak-25-meter-padu-di-selangor-akan-dilaksanakan/

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2612981498713013&id=450332874977897

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts