ISU MEMALUKAN KEPUTUSAN SERAH PADA PIBG TENTUKAN PENGAJARAN TULISAN KHAT JAWI

541
SHARES
1.1k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA BIRO PENDIDIKAN PARTI PUTRA

ISU MEMALUKAN KEPUTUSAN SERAH PADA PIBG TENTUKAN PENGAJARAN TULISAN KHAT JAWI

Kuala Lumpur 17 Ogos 2019

1. Biro Pendidikan Parti PUTRA amat sedih, dukacita dan amat marah dengan keputusan kabinet yang menyerahkan isu Khat Jawi kepada PIBG Sekolah Jenis Kebangsaan.

Mereka yang menentang maka pasti mereka tolak. Lebih baik buat keputusan cadangan Khat Jawi dibatalkan sahaja.

2. Dong Zong lebih hebat dari PM dan Kabinet adalah kabinet Dong Zong.

Kementerian Pendidikan dan Menterinya tersungkur menyembah bumi kerana tidak berupaya melaksanakan dasar-dasar nasional berpaksikan kepada Asas Perlembagaan Negara dan Dasar-dasar kepentingan nasional.

3. Jelas sekali keputusan yang dibuat oleh Kabinet hasil dari tekanan-tekanan beberapa ‘Menteri Haprak PH’ dan Perdana Menteri Tun Mahathir tunduk serta hilang taring dan kewibawaannya.

Pandangan PM Tun Mahathir tidak langsung dihormati.

4. PUTRA menggesa Menteri Pendidikan Dr. Mazlee letak jawatan kerana kementeriannya dicerobohi saperti mana Zionis ceroboh Palestin.

5. Minda dan kecerdikan rakyat yang patriotik dipersendakan.

Dasar Pendidikan Negara berkiblat kepada Negara China dan India ke?

MEMALUKAN NEGARA.

MALAYSIA SUDAH JADI NEGARA LALANG BERSAMA PEMIMPIN MELAYU YANG LALANG DAN HANYA HEBAT BERETORIK SAHAJA.

APABILA DIUJI DAN DITEKAN, MEREKA MENIKUS.

6. Tun Dr Mahathir Muhamad, Pengerusi BERSATU meletakkan jawatan selaku Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 sekiranya apa yang beliau perkatakan ini adalah dusta.

Tujuan beliau menyatakan bahawa DONG Zong adalah RASIS dan meneruskan Program Tulisan Khat Jawi adalah untuk mengaburi orang Melayu dan umat Islam kononnya tegas dengan isu-isu yang ada kaitan dengan sentimen umat Melayu Islam.

Sekiranya Tun Mahathir dan Menteri Pendidikan gagal menyelesaikan masalah untuk mengharamkan Dong Zong, membatal dan memansuhkan Sijil Pengiktirafan UEC, menyelesaikan isu tulisan Khat Jawi serta menukar Sistem Pendidikan Negara ke Sekolah Satu Aliran, maka pihak Biro Pendidikan PUTRA menyarankan agar kedua-dua mereka ini meletakkan jawatan kerana gagal memartabatkan Dasar Pendidikan Negara yang pernah dilaungkan saban hari menjadi retorik ucapannya.

Keseluruhan inti pati serta makluman yang diviralkan di dalam sosial media oleh Tun Mahathir dan Maslee adalah semata-mata untuk meraih kepercayaan rakyat yang kononnya pemimpin No. 1 negara ini adalah seorang pemimpin yang jujur terhadap segala ungkapannya dan berkeras dengan pendiriannya, walaupun ditentang oleh Puak DAP dan Lim Kit Siang.

Bercakap mulut kata lain tetapi hati buat lain.

PUTRA Perkasa Negara

Dr. Mohd Aluwi Sari

Pengerusi Biro Pendidikan PUTRA Malaysia / ADT PUTRA / Ketua Penyelaras PUTRA Melaka

17 Ogos 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts