PANDANGAN DR. MAHATHIR TERHADAP BANGSA MELAYU

816
SHARES
2.6k
VIEWS

Rakyat Malaysia bangsa Melayu perlu menukar sikap mereka dan rebut peluang pekerjaan, jangan tunggu simpati dan pertolongan dari orang lain.

https://www.thesundaily.my/local/malays-need-to-change-attitude-seize-work-opportunities-mahathir-FY1346315

Sekiranya orang Melayu masih tidak mahu merebut peluang pekerjaan yang ada dan kerja-kerja ini diisi oleh orang asing yang datang ke Malaysia.

Orang Melayu akan tetap jadi miskin dan orang asing yang kaya, akan terus menjadi kaya.

ULASAN:

Terima kasih Perdana Menteri Dr. Mahathir yang mengingatkan orang-orang Melayu di negara ini.

Terima kasih atas nasihat PM, seorang bapa yang telah berjaya melahirkan 3 orang anak menjadi billionair di negara Malaysia ini.

Kemungkinan besar kerana mereka bertiga berusaha dengan gigih untuk jadi billionair tidak seperti anak-anak Melayu yang lain, yang malas untuk merebut peluang pekerjaan.

Terima kasih juga Tun M, anak-anak Tun bertiga (billionair ini), setelah mereka jadi kaya-raya telah banyak menyumbang semula kepada negara dan rakyat Malaysia dengan kerja-kerja amal, charity work and program membantu orang-orang susah, miskin dan rakyat yang menghadapi bencana seperti banjir dan lain-lain.

Seperti kerja-kerja amal dan charity program yang dilakukan oleh salah seorang terkaya di dunia, Bill Gates.

Kemungkinan besar, ini yang dimaksudkan Tun M.

Keadaan ekonomi yang malap dan merudum, kini menyebabkan ramai rakyat kehilangan pekerjaan mereka. Pegawai-pegawai kontrak pula ditamatkan kontrak mereka.

Kemungkinan ini dimaksudkan oleh Tun M, agar mereka ini mengambil peluang bekerja sebagai buruh-buruh kasar membina bangunan dan di restoran-restoran mamak bukannya pekerja asing monopoli pekerjaan ini.

Rakyat sudah faham sangat dengan maksud Tun M, apabila beliau berkata:

The gap between the Malay and other races who work hard and did business became wider.

What happened was the rich became richer and the poor Malay became poorer.

BERMAKSUD:

Jurang perbezaan antara orang Melayu dengan bangsa lain yang bekerja keras dan melakukan perniagaan akan bertambah besar.

Dan apa yang berlaku, orang yang kaya (bangsa asing dan orang Cina), akan bertambah kaya, Orang miskin bangsa Melayu, akan bertambah miskin.

TERIMA KASIH TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD.

Mengingatkan rakyat Malaysia, jurang perbezaan antara orang Melayu dengan bangsa Lain.

Salam,

DSBA

6 September 2019

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts