LIM KIT SIANG SUDAH “DIBONSAIKAN” OLEH TUN M

557
SHARES
1.8k
VIEWS

Mohd Puad Zarkashi

5 Oktober 2019

Dua hari sebelum berlangsungnys Kongres Maruah Melayu (KMM), barulah Lim Kit Siang bersuara tentang kongres tersebut.

Itupun suara macam pondan. Langsung tidak berani membantah kehadiran Tun M. Dia cuma minta orang bawahnya Charles Santiago (MP Kelang) untuk membantah.

Tapi apa nak dihairankan. Lim Kit Siang adalah salah seorang pemimpin tertinggi PH yang “dibonsaikan” oleh Tun M.

Itu dakwaan Dr Syed Husin Ali bekas Timbalan Presiden PKR. Beliau membidas Kit Siang, Muhyiddin dan Mat Sabu kerana tidak berani menegur Tun M melalui Majlis Presiden PH supaya menunaikan janji.

Kit Siang diam seribu bahasa seperti membenarkan Tun M kembali kepada dirinya yang asal iaitu diktator, autotarian dan mengamalkan klepto-kroni.

Kit Siang mahu menjadi juara anti “Berita palsu dan ucapan kebencian”.

Kenapa tidak berani menuduh Kongres Maruah Melayu sebagai medan ucapan kebencian?

Kenapa menuduh Perhimpunan Muafakat Nasional yang lebih inklusif sebagai medan memupuk kebencian?

Kit Siang tahu Kongres Maruah Melayu adalah medan untuk terus meminggirkan Anwar.

Sebab itu Anwar tidak dijemput. Ia didalangi oleh mereka yang anti Anwar seperti Hamzah Zainuddin.

Kit Siang tahu Tun M dan kuncu-kuncunya mahu KMM dilihat sama seperti Kongres Melayu 1946 yang melahirkan UMNO. Sebab itu istilah “Kongres “ digunakan.

Kepada Tun M, kamu boleh membonsaikan Majlis Presiden PH, tetapi berhentilah “membonsaikan” rakyat.

Seperti kata orang Sabah “Ubah balik bah” dan “Manyasal aku”.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts