PUAD: KAJIAN ILHAM CENTRE TIDAK TEPAT, REALITINYA MALAYSIA KINI BERDEPAN POLITIK TAKSUB MELAMPAU

349
SHARES
2.1k
VIEWS

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi mempertikai kajian oleh Ilham sebagai kurang tepat dan hanya fokus kepada alasan tertentu.

Menurutnya, UMNO sedar mereka kini semakin kehilangan sokongan rakyat malah tidakpun menafikannya.

UMNO sedar dan akur ia semakin hilang sokongan rakyat dan orang Melayu. UMNO tidak menafikannya. Tidak timbul soal ‘denial syndrome’.

Tetapi ada beberapa pihak termasuk Ilham Center hanya fokus kepada alasan tertentu dalam buat analisis. Fokus mereka ialah Zahid mesti letak jawatan. UMNO perlu tokoh baru.”

Menurut Puad lagi, Ilham Center juga tidak berani memberi jaminan, adakah sekiranya Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan maka masalah UMNO akan selesai? Menurut Ilham, UMNO perlu perubahan total tetapi tidak pula dinyatakan perubahan apa yang perlu dilakukan.

Puad juga berkata, sebenarnya Malaysia berhadapan dengan politik ketaksuban ekstrem dan partinya menjadi mangsa kepada wabak ini. Selagi ini tidak berubah, bukan sahaja UMNO tetapi negara juga terancam.

Sebab itu analisis oleh Ilham Centre ada kelompongan. Politik mundur iaitu pendakwah suka menghukum kembali menguasai pemikiran politik masyarakat Melayu. Ia merisaukan.”

Adakah Sanusi tokoh hebat? Bolehkah tokoh lepuk kepala orang dengan kertas? Dia disanjung sebagai panglima perang walaupun nadir bumi dicuri. Itulah taksub ekstrem tahap dewa.”

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts