PROGRAM SANTUN MADANI MENYANTUNI KOMUNITI PPR

78
SHARES
250
VIEWS

Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), bersama Pertubuhan Kebajikan Skuad Wanita Melana Indah telah mengadakan Program Santun MADANI pada 25 Ogos 2023 bertempat di Dewan Serbaguna PPR Melana Indah Fasa 2, Johor Bahru, mulai jam 7.30 pagi hingga 11.30 malam.

Program yang bertujuan untuk menyantuni komuniti di PPR melalui aktiviti kemasyarakatan telah dirasmikan oleh Encik Isham Ismail, Pengarah J-KOM Zon Selatan sebagai mewakili Ketua Pengarah J-KOM.

Program yang bertujuan menyampaikan maklumat tepat dan sahih berkaitan isu semasa di samping menghebahkan inisitif-inisiatif Kerajaan terus kepada komuniti ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Azhar Bin Ahmad, Pengerusi Komuniti.

Penceramah jemputan dalam program ini pula ialah Dr. Muhamad Azwan Bin Abd Rahman daripada Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menyampaikan ceramah mengenai kenegaraan.

Program sebegini Insya-Allah akan diteruskan dari masa ke semasa agar komuniti setempat dapat mendengar dan memastikan sendiri maklumat tepat dan sahih secara terus dari pihak Kerajaan.

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts