KAMPUNG ORANG ASLI TONGGANG BAKAL TERIMA KEMUDAHAN INTERNET STARLINK

333
SHARES
2k
VIEWS

1. YAB Perdana Menteri Dato’Seri Anwar Ibrahim telah meluluskan pemasangan perkhidmatan internet satelit Starlink di Kampung Orang Asli Tonggang, Ulu Kinta bagi memastikan 435 penduduk setempat mendapat kemudahan tersebut.

2. Beliau telah meminta Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil untuk mengambil tindakan dan pemasangan internet itu akan dilaksanakan melalui projek Pelan Jalinan Digital Negara atau JENDELA

3. Selain itu, YAB Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan bagi menambah baik jalan raya ke kampung Orang Asli Tonggang yang memerlukan pembaikan segera demi memudahkan penduduk setempat menjalankan urusan seharian

4. Satu lagi berita gembira buat penduduk kampung tersebut ialah pengumuman Kerajaan yang telah meluluskan peruntukan sebanyak RM400,000 untuk pembinaan blok bangunan baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Tanjung, Kampung Tonggang

5. Melalui Kerajaan Perpaduan dan pelbagai program di bawah Malaysia Madani, Insya-Allah tiada mana-mana rakyat dan kaum yang akan ketinggalan mahupun dipinggirkan.

Semoga Allah Taala senantiasa memudahkan hamba-hamba-NYA dalam kalangan pemimpin-pemimpin negara yang sentiasa membantu dan memudahkan rakyat di bawahnya.

Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Jabatan Perdana Menteri 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts