Saya berasa lucu dengan kenyataan penulis dan juga beberapa media yang cuba ‘menyalahkan’ Kempen BMF kerana gagal menaikkan Mara Digital.
1. Sebagai penjelasan ‘berbuih mulut’, Kempen Beli Produk Muslim atau BMF adalah satu agenda ekonomi Muslim yang mendahulukan produk Muslim.
2. Dalam kempen BMF ini, menjadi keutamaan dan yang pertama adalah PEMAKANAN. Kerana daripada pemakananlah, umat Islam akan dibersihkan hati.
3. Kempen BMF bukan bermusim atau hangat-hangat tahi ayam. Bukannya hari ini kita cakap, esok semua jadi. Itu adalah mustahil dan tak masuk akal tetapi TIDAK MUSTAHIL.
4. Dalam isu Mara Digital dan lain-lain sektor, jawatankuasa Kempen BMF sedang melakukan proses kajian dan pemurnian SOP. Mengambil sikap tidak tergesa-gesa, kita tidak mahu tersasar dan ‘syok sendiri’ dan saya yakin, Low Yat sendiri sedang berhati-hati kerana takut kejadian Boikot Low Yat berulang.
5. Untuk makluman, bukan sekadar Mara Digital, kita juga akan fokus kepada bengkel kenderaan, klinik, pusat percetakan, dobi, gimnasium, stesen minyak dan termasuk perbankan. Jangan terkejut jika ada gelombang perpindahan akaun bank secara besar-besaran kepada bank dimiliki Muslim.
6. Oleh demikian, janganlah risau wahai golongan bukan Islam, anda ada rangkaian di kalangan 7 juta orang Cina dan 3 juta orang India di Malaysia. Kami umat Islam hanya ‘kerdil’ sahaja dalam dunia perniagaan di Malaysia. Takkan tergugatpun. Usah khuatir.
7. Untuk fasa pertama, kami menyasarkan 10,000 KIOSK UMMAH seluruh Malaysia dalam tempoh setahun ini. Sekaligus akan membetulkan semula industri pemborongan yang dimonopoli satu pihak sahaja.
Akhir sekali, berkaitan isu Mara Digital, berikanlah sedikit masa lagi, perubahan pasti akan ada dan gelombang digital Muslim akan bergema.
KITA CAKAP, KITA BUAT
#BMF Selamanya
Cikgu Izzat Johari
Ketua Prasarana Kempen BMF
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
https://www.facebook.com/107127424044978/posts/110769933680727?sfns=mo