KERAJAAN WAJAR NILAI SEMULA PENGELUARAN WANG KWSP – IZZAT JOHARI

3.2k
SHARES
10.5k
VIEWS

Kerajaan digesa menimbangkan semula pengeluaran caruman melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tujuan kecemasan kepada semua pencarum.

Perkara tersebut dibangkitkan oleh Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia, Mohd Nor Izzat Johari yang lebih dikenali sebagai Cikgu Izzat Johari melalui laman Facebook-nya sebentar tadi. 

Saya mohon pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) agar mempertimbangkan pengeluaran sebagai kecemasan kepada semua rakyat yang ada akaun KWSP.” 

Mungkin Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan Malaysia boleh mempertimbangkan kembali jumlah pengeluaran wang KWSP kepada semua rakyat Malaysia yang terkesan dengan bencana pandemik Covid-19 ini.” 

Ada sebilangan besar rakyat yang sedang sengsara dan terseksa. Tolonglah dengar suara rakyat.” 

Menurut beliau lagi, kerajaan Malaysia dan KWSP wajib membantu sebilangan besar rakyat yang berdepan dengan kesukaran untuk menggunakan simpanan mereka sendiri daripada KWSP.

Duit KWSP bukan dana BELANJAWAN NEGARA.

Sebagai rekod kerajaan telah meluluskan pengeluaran Akaun 1 KWSP namun terhad kepada 600,000 ahli yang kehilangan pekerjaan. 

Pengeluaran tersebut boleh dibuat secara berperingkat sebanyak RM500 setiap bulan selama 12 bulan, maksima RM6,000. 

Rujuk pautan; https://editormalaysia.com/18576/

Namun, ramai lagi ahli KWSP yang terkesan dengan pandemik Covid-19 termasuk mereka yang sudah lama bekerja sendiri serta yang mencari nafkah dengan berniaga kecil-kecilan. Maka dengan membenarkan pengeluaran sebegini tentu mampu meringankan sedikit beban dan kehidupan mereka yang terjejas. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts