DESAKAN BATAL ATAU TANGGUH ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN

628
SHARES
3.7k
VIEWS

Semakin ramai yang mempertikai kewajaran ANUGERAH BiNTANG POPULAR BERITA HARIAN (ABPBH) yang ke-33 dianjurkan dalam keadaan negara masih ‘berperang’ dengan pandemik Covid-19, yang akan diadakan pada hari Jumaat, 13 November ini. 

Dalam keadaan masjid dan surau masih ditutup, pergerakan dihadkan melalui PKPB di seluruh negara kecuali di tiga negeri iaitu Perlis, Pahang dan Kelantan, tetapi Berita Harian dan kerajaan sendiri seolah-olah meremehkan perkara tersebut.

Kenapa perlu mengambil risiko jika ia boleh dielak? Adakah sesetengah pihak sengaja menutup mata seolah-olah mahu melihat peningkatan Covid-19?

Jika alasan sudah banyak yang ditempah dan pelbagai pihak akan mengalami kerugian, bukankah kerugian selepas itu jauh lebih besar malah menyebabkan risiko kehilangan nyawa sekiranya melalui penganjuran bakal mencetuskan kluster baharu.

Kenapa Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak mendesak ia dibatalkan? 

Selain NGO-NGO Islam, kenapa tidak ada mana-mana pemimpin atau Ahli Parlimen membantah malam anugerah bagi merayakan kemenangan ‘pilihan raya’ artis tersebut jika masing-masing ada ‘hati perut’ dan sedikit ‘common sense‘?

Seperti sindiran Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia, Mohd Nor Izzat Johari, “Mana sikap hati perut dan perikemanusiaan artis Malaysia sebenarnya?” 

Sila batalkan ABPBH jika anda ada hati perut, kasihankan semua barisan hadapan yang bertungkus-lumus menjaga keselamatan kesihatan kita semua.” 

Malah menurut beliau, “Jika OLIMPIK 2020, sukan berprestij dunia dan SUKMA, sukan terbesar Malaysiapun boleh tangguh seketika, malah SPM, STPM dan solat Jumaatpun ditangguh, apalah sangat tangguh acara ini.”

Berikanlah sedikit penghormatan kepada semua ahli keluarga yang telah kehilangan ahli keluarga yang meninggal dunia kerana wabak Covid-19.”

Tidak adakah Menteri atau pemimpin dalam kerajaan Perikatan Nasional yang peka dan cakna dengan betapa serius dan tidak cerdiknya penganjuran ini? Bukankah sudah ada contoh bagaimana gelombang ketiga Covid-19 memuncak sebaik sahaja Pilihan Raya Negeri Sabah selesai?

Menteri Agama Datuk Seri Zulkifli Al-Bakri sendiripun ketika itu didapati positif Covid-19 sebaik sahaja pulang dari Sabah, setidak-tidaknya tidak bolehkah beliau bersama menteri-menteri lain mendesak program ini dibatalkan?

Jika ada Ahli Parlimen yang tidak bersetuju dan malah menyindir cadangan moratorium dan pengeluaran wang KWSP bagi meringankan beban rakyat, maka kali ini tidak bolehkah beliau turut membantah anugerah ini bagi membawa rintihan rakyat? 

Rakyat bukan minta ia dibatalkan kerana tidak bersetuju dengan penganjuran anugerah tersebut, TETAPI RAKYAT TIDAK BERSETUJU APABILA ABPBH DIBUAT KETIKA PKPB SATU NEGARA SEDANG DILAKSANAKAN!

Justeru, kerajaan wajar batal atau tangguhkan ABPBH sehingga keadaan Covid-19 kembali mereda, sesudah itu bukan sahaja anugerah artis malah Pilihan Raya Umumpun boleh diadakan jika kerajaan mahu.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts