TARAF WARGANEGARA 1.74 JUTA PENDATANG TIDAK SAH DAN TERBATAL – BUZZE AZAM

2.2k
SHARES
4.4k
VIEWS

1. Saya menyokong penuh apa yang dikatakan oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang amat saya sayang ini seperti dilaporkan Malaysiakini.

https://m.malaysiakini.com/news/497357

2. Saya juga telah lama bercakap isu kewarganegaraan tidak sah pendatang ini sejak tahun 2010 dulu lagi. Lihat rakaman ceramah saya pada tahun 2010 seperti di bawah ini.

https://www.facebook.com/suhaimitaib/videos/2311900475509009/

3. Apa yang dikatakan oleh Tun Dr M (angka 1 juta pendatang di beri kewarganegaraan) ini ada dinyatakan dalam buku Mengenal Perlembagaan Persekutuan tulisan Tun Sufian.

4. Dalam buku berkenaan, beliau mengeluarkan statistik bahawa 1.74 juta orang warganegara dari kalangan kaum Cina dan India didaftarkan sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu antara tahun 1957 hingga 1970.

5. Pendaftaran 1.74 juta orang warganegara ini telah dilakukan secara tergesa-gesa oleh Kerajaan Malaya tanpa mengikut prosedur mengangkat sumpah yang ditetapkan di bawah Perkara 18(1) Perlembagaan Persekutuan.

6. Ini menjadikan taraf warganegara 1.74 juta orang pendatang ini sebagai TIDAK SAH DAN TERBATAL kerana tidak mengikut prosedur yang termaktub dalam Perlembagaan.

7. Apabila taraf kewarganegaraan kesemua 1.74 juta orang pendatang ini tidak sah dan terbatal maka seluruh keturunannya yang lahir sehingga tahun 2019 ini juga adalah tidak sah sebagai warganegara.

8. Menurut Perkara 18 (1) Perlembagaan Persekutuan :-

Perkara 18. Peruntukan am tentang pendaftaran.

(1) Tiada seorangpun yang berumur lapan belas tahun atau lebih boleh didaftarkan sebagai warganegara di bawah Perlembagaan ini sehinggalah dia telah mengangkat sumpah yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.

9. Jadual Pertama Perlembagaan Persekutuan pula menyatakan bentuk ikrar YANG WAJIB dibaca oleh seseorang sebelum beliau layak di daftarkan sebagai warganegara seperti berikut :-

Saya…………………………………………………………beralamat di ……………………….dengan ini mengaku atas sumpah bahawa saya dengan sesungguhnya dan sepenuhnya menolak dan bersumpah meluputkan segala kesetiaan saya kepada mana-mana negeri atau Negara di luar Persekutuan, dan saya bersumpah bahawa saya akan jujur dan menumpahkan segala taat setia saya yang sebenar kepada Seri paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan akan menjadi seorang warganegara Persekutuan yang sebenar, setia dan jujur.

10. Kegagalan semua 1.74 juta orang pendatang mengangkat ikrar seperti diwajibkan Perlembagaan boleh dicabar di Mahkamah pada tahun 2019 ini dan sekiranya Mahkamah memutuskan benar kewarganegaraan mereka sebagai tidak sah, maka seluruh keturunan mereka boleh diburu oleh Jabatan Imigresen dan dihantar balik dengan tongkang ke Negara asal mereka.

11. Jadi kenyataan Tun Dr M ini ada asas untuk disokong oleh semua umat peribumi Malaya.

#RasisBeperlembagaan

Sekian terima kasih.

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz

Peguambela & Peguamcara

0129770412

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts