MAHKAMAH TOLAK PERMOHONAN PDRM MENGENAKAN BON TUTUP MULUT TERHADAP LOKMAN ADAM

189
SHARES
525
VIEWS

Dalam kes terkini di mana permohonan pihak polis untuk mengenakan Bon Tutup Mulut sebanyak RM20,000 terhadap Dato’ Lokman Adam telah ditolak oleh Mahkamah Majistret.

Sekiranya pihak polis berjaya dalam permohonan ini maka jelas terbukti prinsip Rule of Law yang ingin ditegakkan oleh YAB Perdana Menteri serta aspirasi kerajaan Pakatan Harapan yang ingin menegakkan kebebasan bersuara sejak dahulu lagi, hanyalah retorik semasa-mata. 

Justeru selepas ini kerajaan tidak lagi menggunakan mahkamah untuk menekan musuh politik yang membelakangkan hajat Perdana Menteri untuk melihat Rule of Law akhirnya ditegakkan dengan jayanya.

Semoga para penjawat awam, majistret, hakim dan peguam di negara ini tidak di’kambinghitam’kan seperti dalam isu tender Kementerian Pertanian yang dianugerahkan secara terus, di mana apabila mereka cuba menegakkan Rule of Law seperti dihajatkan Perdana Menteri tetapi disalahertikan sebagai Deep State

Berikut adalah kenyataan Lokman Adam mengenai kes terkini beliau. 

“Syukur Alhamdulillah saya dikurniakan Allah seorang peguam yang berwibawa, petah berhujah dan tidak mudah menyerah kalah.”

“Ketegasan beliau mempertahan faktanya menyebabkan Majistret akhirnya memutuskan untuk menolak permohonan pihak polis untuk mengenakan Bon Tutup Mulut sebanyak RM20,000 ke atas saya pagi tadi.”

“Terima kasih saudara Logen Narayanan. Sesiapa ada kes besar boleh lantik beliau sebagai peguam, saya bagi sokongan penuh. Hubungi beliau di nombor +6016 3352061.”

Dato’ Lokman Adam

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts