NAJIB PERTIKAI MEDIA PRO PH BERTERUSAN MEMBUAT PROPAGANDA MEMBURUKKANNYA

405
SHARES
2.4k
VIEWS

Nampaknya PH amat terdesak untuk mengeluarkan lagi propaganda untuk cuba memburukkan saya.

Mereka cuba membuat isu bahawa dalam pernyataan bertulis yang panjangnya 243 halaman saya dalam perbicaraan kes SRC, ada 46 kali saya kata saya tak tahu.

Seolah-olah kata tidak tahu 46 kali dalam penyataan sepanjang 243 halaman yang merangkumi tempoh 9 tahun lamanya serta melibatkan berpuluh lagi individu yang lain adalah satu isu yang tersangat luar biasa?

Dalam tempoh 9 tahun itu, saya juga Perdana Menteri yang ada banyak lagi tugas menjaga negara dan mengembangkan saiz ekonomi dari RM700 bilion ke RM1.7 trilion serta bergandakan sazi aset khazanah 3 1/2 kali ganda.

Banyak lagi tugas yang saya perlu melakukan masa itu.

Sebab itu, ada juga benda-benda yang dilakukan oleh individu-individu lain yang memang saya tidak tahu atau diumumkan.

Jika saya tidak tahu atau saya tidak diberitahu, memang saya perlu jawab tidak tahu.

Saya juga hendak tanya bagaimana media boleh mendapat kenyataan penuh 243 halaman ini sedangkan ia hanya diberi kepada Mahkamah dan saya masih di tengah-tengah memberi kenyataan saya dalam Mahkamah?

Pihak mana yang bocorkan dokumen ini kepada media? Dan apa niatnya untuk membocor kepada media?

MalaysiaKini tak ada berita lain hari ini untuk dijadikan tajuk berita utama ke?

Misalnya berita hari ini bahawa Bank Dunia menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi kita untuk tahun 2020, aliran keluar dana asing dari pasaran saham kita sudah mencecah RM10 bilion atau indeks Bursa Saham kita turun lagi petang tadi?

Saya juga perlu memperingati orang ramai bahawa pihak SPRM telah mengesahkan kepada Mahkamah pada bulan Ogos lalu bahawa sebanyak RM643 juta yang masuk akaun saya adalah terus dari Kementerian Kewangan Arab Saudi dan putera Arab Saudi.

22 Ogos 2019: KUALA LUMPUR: Penolong Kanan Pesuruhjaya (PKPj) Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan kemasukan dana berjumlah RM642 juta daripada Putera Faisal Turki dan Kementerian Kewangan Riyadh, ke dalam akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Razak.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/08/598722/najib-terima-rm642-juta-dari-arab-saudi

Ini SPRM yang mengesahkan dan ini bukan duit rakyat.

Ini duit Kementerian Kewangan Arab Saudi.

Dipetik dari laman Facebook beliau di bawah;

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156563765930952&id=157851205951

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts