ASB DAN EKONOMI BUMIPUTERA YANG MENIPIS

290
SHARES
937
VIEWS

Kelmarin Permodalan Nasional Berhad, syarikat pelaburan kerajaan telah mengumumkan dividen dan bonus Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.5 peratus iaitu yang terendah dalam sejarah ASB sejak tahun 1990.

Pada bulan September lepas, kerajaan juga telah mengumumkan dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sebanyak 2 peratus iaitu yang terendah dalam sejarah LTAT sejak tahun 1973.

Dan sebelum itu pada bulan April tahun ini, kerajaan juga telah mengumumkan hibah Tabung Haji sebanyak 1.25 peratus iaitu hibah yang juga terendah dalam sejarah Tabung Haji.

Hampir semua pemegang-pemegang saham dan pelabur-pelabur dalam ASB, Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera ini adalah Bumiputera yang melabur dalam institusi berkaitan kerajaan yang sebelum ini ditubuhkan untuk membantu meningkatkan ekuiti dan pegangan ekonomi Bumiputera.

Walaupun sebelum ini negara pernah berhadapan dengan beberapa krisis ekonomi terutama pada tahun 1997-1999 dan 2008-2009, namun pulangan dividen bagi institusi-institusi ini tidak pernah seteruk ini.

Pada tahun 1997-1998 ketika ekonomi tidak menentu dan indeks Bursa Saham Kuala Lumpur terhempas daripada 1,200 mata ke paras 261 mata dan aliran modal lari keluar ke luar negara, kerajaan tetap membayar dividen dan bonus ASB sebanyak 10.25 peratus, LTAT 10.5 peratus, dan hibah Tabung Haji 8 peratus. 

Pada tahun 2008 ketika ekonomi dunia dilanda krisis dan indeks Bursa Saham Kuala Lumpur sekali lagi jatuh daripada paras setinggi 1,400 mata ke paras 800 mata, kerajaan masih berjaya membayar dividen dan bonus ASB sebanyak 8.75 peratus, LTAT 10 peratus dan hibah Tabung Haji 5 peratus. 

Kini pulangan bagi pelaburan institusi-institusi ini adalah hanya ASB 5.5 peratus, LTAT 2 peratus dan Tabung Haji 1.25 peratus. 

Jika perkara ini berterusan, adakah pelabur masih berminat untuk melabur dalam institusi-institusi ini atau adakah mereka akan mengeluarkan wang mereka ke tempat lain?

Jika ini berlaku, apakah yang akan jadi kepada institusi-institusi pelaburan kerajaan ini yang sebelum ini bertanggungjawab menggalakkan pegangan ekonomi Bumiputera?

Dan apakah yang akan jadi kepada keseluruhan pegangan ekuiti Bumiputera di negara ini?

Kerajaan hari ini tidak lagi memandang serius tentang ekonomi Bumiputera.

Isham Jalil

20 Disember 2019

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/609737929781735/?d=n

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts