ISHAM JALIL DILANTIK KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA

357
SHARES
2.1k
VIEWS

Selepas peletakan jawatan Ketua Penerangan UMNO Malaysia Shahril Hamdan, saudara Isham Jalil dilantik oleh pimpinan tertinggi UMNO ke jawatan tersebut berkuat kuasa hari ini. Selepas meletakkan jawatan, Shahril juga meminta Presiden UMNO Datuk Sri Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatannya berikutan kekalahan UMNO-Barisan Nasional yang hanya mampu meraih 30 buah kerusi Parlimen berbanding 79 buah kerusi pada PRU-14 lepas.

Sebagai rekod, Isham Jalil yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO bertanding di Parlimen Shah Alam namun kalah kepada calon Pakatan Harapan Azli Yusof. Berikutan kekalahan tersebut Isham juga dilihat berlapang dada dan mengucapkan terima kasih kepada pengundi-pengundinya selain mencadangkan agar UMNO-Barisan Nasional kekal menjadi pembangkang dan tidak menyertai kerajaan. 

Semoga UMNO yang kini dilihat sukar untuk bangkit selepas kekalahan di dua PRU berturut-turut, mampu kembali menjadi kerajaan selepas perubahan dilakukan termasuk menyingkirkan beberapa pemimpinnya yang menjadi duri dalam daging atau gunting dalam lipatan yang melemahkan parti tersebut selama ini. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts