HAPUS ELAUN KRITIKAL: PENDAPAT SEORANG DOKTOR PERUBATAN

381
SHARES
1.2k
VIEWS

Dr Novandri Hasan Basri

25 Disember 2019

Jika merujuk pekeliling JPA, keputusan menarik balik elaun kritikal telah diputuskan semasa mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Dr Mahathir sendiri!

Rujuk: https://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2019/faq_pp102019.pdf

Maka kepada Syed Saddiq dan yang lain, jangan pertikai JPA saja tetapi sila kritik Dr Mahathir juga, jika benar-benar ikhlas perjuangkan anak muda!

Berani tak Saddiq?

Keputusan kerajaan PH yang menghapuskan Insentif Khidmat Kritikal (BIPK) perlu ditolak sehingga mereka membatalkan keputusan itu kerana tidak masuk akal dan menzalimi rakyat.

Contoh yang mudah, apabila doktor junior (yang mula bekerja tahun 2020) bertugas sebagai MO pada tahun 2022, mereka akan dibebankan dengan kerja yang banyak dan long hours sama seperti MO senior tapi dengan gaji yang lebih rendah!

Di manakah logiknya?

Gaji doktor junior akan kurang sebanyak 15 peratus, satu pengurangan yang sangat signifikan. Dan percayalah…. Bebanan kerja tidak akan kurang tetapi akan semakin bertambah!

Begitu juga dengan konsep doktor kontrak yang dikhuatiri menyusahkan doktor untuk menyambung pelajaran kepakaran.

Benar ada doktor-doktor baru tapi jumlah penduduk juga semakin bertambah. Malah, expectation pesakit semakin tinggi. Pengamal perubatanpun manusia juga yang ada keperluan dan tanggungan masing-masing.

Jika bercakap mengenai ‘kritikal’, kerajaan PH sepatutnya merujuk kepada nisbah doktor dengan pesakit yang sangat rendah dan kritikal iaitu hanya 1 doktor bagi 520 pesakit (1:520)!

Target Kementerian Kesihatan ialah nisbah 1 doktor bagi 450 pesakit (1:450), itupun masih rendah.

Begitu juga dengan tempoh contact pesakit dengan doktor sama ada di klinik-klinik, tempoh tunggu appointment seperti election surgery, prosedur seperti CT Scan atau Ultrasound dan follow up, mengambil ubat-ubatan dan sebagainya.

Saya pasti kita semua dan pegawai-pegawai JPA setuju bahwa tempohnya terlalu lama!

Jika berhujah sedemikian, saya pasti JPA tidak ada masalah untuk membatalkan keputusan mereka itu. Jelas bahwa perkhidmatan doktor dan pengamal perubatan yang lain masih sangat diperlukan.

Malaysia Medical Association ada buat petisyen membantah keputusan kerajaan PH ini:

Rujuk: http://chng.it/kdHPCLNr

Sungguh malang apabila kerajaan PH telah gagal prioritize dan memangsakan rakyat. Mereka sepatutnya memotong gaji dan elaun mereka dahulu.

Begitu juga dengan pegawai-pegawai mereka dan bukannya menzalimi rakyat.

Cukup-cukuplah kerajaan PH membela ‘tauke-tauke’ yang lari cukai disebabkan pengenalan semula SST.

Nilai cukai tersebut dianggarkan ratusan bilion ringgit tapi masuk ke poket tauke-tauke ini.

Perkenalkan semula GST dan hasilnya boleh digunakan untuk pembangunan negara bukannya dengan menyusahkan rakyat.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts