IMPLIKASI EKONOMI, POLITIK DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA AKIBAT PENDEDAHAN PITA AUDIO OLEH SPRM

273
SHARES
828
VIEWS

Sekurang-kurangnya terdapat 3 saluran media antarabangsa yang sempat saya tinjau yang melaporkan tentang pendedahan pita audio oleh KP SPRM, Latheefa Koya.

PERTAMA, ia dimuatnaik di laman YouTube.

KEDUA, laporan AlJazeera.

KETIGA, laporan CNN.

Dari sudut komunikasi massa, pendedahan tersebut telah menimbulkan satu tanggapan negatif dan jelik terhadap kerajaan sedia ada kerana terdapatnya perbualan ketua negara asing di dalam pita audio tersebut.

Ia sekaligus boleh dianggap sebagai serangan SPRM untuk mencalarkan imej kepemimpinan negara, terutamanya Tun Dr. Mahathir Mohamad dan parti PPBM.

Jika ia tidak menimbulkan masalah diplomatik, masakan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berusaha keras untuk menghubungi pihak-pihak negara berkenaan?

Umum mengetahui bahawa Latheefa merupakan seorang ahli politik dan pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berjuang selama 20 tahun untuk menentang Mahathir dan menobatkan DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Tambahan pula Latheefa sendiri mengakui bahawa Mahathir tidak tahu tentang pendedahan (pita audio) tersebut.

Meskipun lantikan Latheefa sebagai KP SPRM disokong kuat oleh Mahathir, namun jiwa PKR yang ada pada Latheefa sejak dua dekad kerjaya politiknya tidak boleh dibuang begitu sahaja.

Dan selang sehari selepasnya, muncul pula kenyataan Naib Presiden PKR yang mahu agar Mahathir menetapkan secara khusus tarikh peralihan kuasa @ peletakan jawatannya atau bakal berhadapan dengan tindakan Majlis Presiden Pakatan Harapan sendiri.

Ia sekali gus merupakan suatu tekanan dari komponen Pakatan Harapan (PKR) kepada Mahathir sejurus selepas pendedahan Latheefa Koya.

Kenyataan Rafizi tersebut hanyalah kesinambungan kenyataan Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebelumnya.

Anwar menyatakan perlunya proses peralihan kuasa dibincangkan secara khusus di dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan, sekali gus menolak kenyataan Mahathir yang diragui komponen Pakatan Harapan untuk menyerahkan kuasa kepadanya selepas APEC 2020 (November tahun ini).

Berbalik kepada laporan-laporan media antarabangsa di atas, saya tidak menolak kebarangkalian nasib KL Summit 2019 akan menimpa APEC 2020 pada November ini.

Ketua-ketua kerajaan, para pemimpin asing dan pakar-pakar ekonomi dunia seharusnya mempunyai rasa bimbang yang sangat tinggi terhadap kerajaan Pakatan Harapan akibat pendedahan yang dibuat oleh Latheefa Koya dan SPRM.

APEC 2020 mungkin akan menjadi persidangan antarabangsa kedua yang memalukan Mahathir selepas KL Summit 2019 yang telah menjatuhkan maruah negara.

Sama ada Latheefa Koya atau PKR mensabotaj kepemimpinan Mahathir atau tidak, pendedahan pita audio tersebut sebenarnya telah menimbulkan kekhuatiran terhadap ketua-ketua kerajaan, pemimpin negara luar, pemodal serta pelabur antarabangsa untuk hadir ke APEC 2020.

Ia sekali gus membantutkan usaha kerajaan untuk melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara di samping menghakis keyakinan para pelabur dan pemodal asing menanam modal di Malaysia.

Untuk makluman semua, pelabur dan pemodal asing sudahpun bertindak menarik keluar modal mereka semenjak hari pertama kerajaan Pakatan Harapan mentadbir Putrajaya lagi.

Dan ia masih berterusan sehingga kini, setelah 20 bulan Pakatan Harapan berkuasa.

Setiap perwakilan APEC 2020 mempunyai kebimbangan optima dan tersendiri sekiranya perbualan mereka dirakamkan dalam mesyuarat tertutup atau komunikasi mereka dipintas oleh pihak berkuasa negara dan didedahkan kepada umum demi kepentingan pihak tertentu.

Ia sekaligus merencatkan peluang pelaburan dan perjanjian perdagangan antara Malaysia dan negara peserta APEC 2020.

Laporan-laporan media antarabangsa tersebut juga sebenarnya telah menzahirkan simpati dan sokongan rakyat serta masyarakat antarabangsa terhadap DS Najib Razak, sebagai mantan Perdana Menteri yang ditekan hebat dengan pelbagai kaedah ala Machiavelli.

RINGKASNYA , sama ada pendedahan Latheefa merupakan suatu kebodohan kerajaan Pakatan Harapan atau usaha mensabotaj kepemimpinan Mahathir dan PPBM, ia telah menimbulkan implikasi yang sangat besar terhadap negara dan rakyat Malaysia.

(Dipetik daripada laman Facebook Zamzuri Mohamed Tahir)

https://www.facebook.com/zamzuri.mt/posts/3185532044797507

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts