ANWAR: SPRM PERLU TERUS BEBAS, BERKECUALI, SEJAJAR DENGAN PERANANNYA

470
SHARES
1.5k
VIEWS

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu sentiasa menjalankan tanggungjawab dan tugas mereka secara bebas dan berkecuali. Ini termasuklah siasatan yang melibatkan ahli politik dan bekas pemimpin negara.

Perdana Menteri turut berkata ia sejajar dengan peranan SPRM yang melaksanakan tugas berlandaskan prinsip keadilan dan undang-undang.

Beliau juga menyeru agar mana-mana pihak yang menganggap segala siasatan SPRM ini bermotifkan politik, mereka perlu melihat kepada fakta dan bukan bermain dengan sentimen politik untuk mengelirukan rakyat.

Kalau nyata dari segi siasatan ada kes yang dianggap berprofil tinggi dan mempunyai alasan cukup kukuh untuk didakwa, itu tugas SPRM dan Jabatan Peguam Negara.

Kenyataan tersebut adalah bagi menjawab soalan Senator A. Kesavadas di Dewan Negara mengenai sejauh manakah SPRM serius menyiasat kes rasuah dan salah guna kuasa melibatkan tokoh tertentu termasuk bekas Perdana Menteri.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts