YAB PERDANA MENTERI LANCAR investED, INISIATIF RAPATKAN JURANG, SALURAN BAKAT

333
SHARES
2k
VIEWS

YAB Perdana Menteri hari ini melancarkan investED, iaitu satu inisiatif kerjasama sektor kerajaan serta swasta dalam mewujudkan platform yang memberi manfaat kepada graduan dan majikan dalam pasaran modal.

Inisiatif yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), pihak universiti serta syarikat-syarikat ini adalah seiring dengan pengumuman YAB Perdana Menteri dalam Belanjawan 2023 sebelum ini. Ia juga dilaksanakan bagi memenuhi aspirasi Madani untuk merapatkan jurang bakat (talent gap) dan menyediakan peluang pekerjaan untuk graduan, sekaligus membangunkan saluran bakat (talent pipeline) yang mampan.

YAB Perdana Menteri juga amat berharap agar graduan yang terpilih menyertai program ini akan mendapat pengetahuan dan kemahiran yang berharga selain menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts