KEBERANGKATAN TUNKU MAHKOTA JOHOR KE PROGRAM KEMBARA CANSELOR UTHM

338
SHARES
2k
VIEWS

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Program Kembara Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bersempena Sambutan Ulang Tahun UTHM ke-30 pada 19 Jun 2023, bertempat di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM.

Baginda yang juga merupakan Canselor UTHM telah meluangkan masa beramah mesra dengan Pengurusan Tertinggi UTHM, merasmikan Pejabat Yayasan UTHM, melawat Perpustakaan Tunku Tun Aminah dan Kolej Kediaman Tun Dr Ismail di universiti tersebut. Baginda turut menyerahkan sumbangan kepada para pelajar daripada golongan asnaf dan memerlukan.

Turut hadir sama adalah YB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, YBhg. Dato’ Sri Ibrahim Bin Ahmad, Pengerusi Lembaga Universiti dan YBhg. Prof. Ir. TS. Dr. Ruzairi bin Abdul Rahim, Naib Canselor UTHM.

Allah peliharakan Sultan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts