ANTARA KEROSAKAN MAHATHIR LAKUKAN, JUAL PEGANGAN KHAZANAH DALAM IHH BERHAD

369
SHARES
2.2k
VIEWS

Pagi tadi saya cerita tentang bagaimana Mahathir meluluskan konsesi judi kepada Vincent Tan tanpa kelulusan kabinet. Sekarang kita cerita pula penglibatan anak-anak Mahathir dalam sektor kesihatan negara sehingga hampir merisikokan sistem kesihatan rakyat.

Pada tahun 1995, Berjaya (Vincent Tan) telah menjual Kumpulan Hospital Pantai kepada Mokhzani Mahathir. Tidak lama selepas itu, Kumpulan Pantai telah memperoleh kontrak FOMEMA daripada kerajaan untuk menyelenggara dan membekal ubat kepada 25 hospital awam. Kontrak ini diperoleh melalui anak syarikatnya, Pantai Medivest.

Tahun 2001, Mokhzani telah menjual kepentingannya dalam Hospital Pantai kepada Lim Tong Yong. Lim kemudiannya menjual pula kepada syarikat Parkway Group daripada Singapura.

Apabila Pak Lah menjadi Perdana Menteri dan Pengerusi Khazanah Nasional, Pak Lah sangat tidak bersetuju dengan apa yang berlaku memandangkan kontrak penyelenggaraan dan perbekalan ubat hospital awam seolah-olah sedang diurus orang asing.

Akhirnya pada tahun 2006, Khazanah berjaya membeli semula Hospital Pantai daripada pemilik Singapura itu bagi memastikan sistem kesihatan rakyat kekal milik negara sepenuhnya.

Pada tahun 2010, Khazanah, di mana ketika itu Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak ialah Perdana Menteri dan Pengerusinya, telah membeli pula Parkway Group.

Parkway Group, Kumpulan Pantai dan Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) digabungkan menjadi IHH Berhad. Ia menjadikan IHH Berhad sebagai pemilik hospital swasta terbesar di Malaysia dan Singapura.

Pada tahun 2012, IHH membeli Achibadem Group dari Turki. Ia menjadikan IHH Berhad sebagai pemilik hospital terbesar di negara itu. Tahun 2013, IHH Berhad mendapat konsesi pembinaan hospital di Hong Kong, Chengdu dan Shanghai di China.

Tahun 2015, IHH Berhad membeli pula Continental Hospitals Group dan Global Hospitals India. Kemudian pada 2017 mereka membeli pula Fortis Group yang menjadikan IHH Berhad sebagai pemilik kedua terbesar hospital swasta di negara itu.

Tahun 2016, IHH Berhad membeli Tokuda Hospitals dan City Clinic sekaligus menjadi pemilik hospital terbesar di Bulgaria.

Pendapatan IHH Berhad pada tahun 2017 adalah RM11.5 bilion. Nilai syarikat adalah RM55 bilion. IHH Berhad pada ketika itu adalah pemilik hospital swasta kedua terbesar dunia dengan memiliki 83 buah hospital di 12 buah negara.

Apabila Mahathir menjadi Perdana Menteri dan Pengerusi Khazanah semula (selepas PRU-14), Khazanah telah menjual pegangan mereka dalam IHH Berhad kepada Misui Group daripada Jepun.

Ini menyebabkan pemegang saham terbesar dalam IHH Berhad bukan lagi milik Khazanah, bukan lagi milik negara kita.

Ini salah satu kisah kecil daripada sebahagian kisah-kisah bagaimana kerosakan Mahathir diperbetul oleh pengganti-penggantinya sebelum akhirnya dirosakkan semula.

Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Kuala Terengganu

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts