MESYUARAT KHAS BINCANG HALA TUJU BAHARU 2023–2025, TUMPU AGENDA MALAYSIA MADANI

337
SHARES
2k
VIEWS

Hari ini berlangsung Mesyuarat Khas melibatkan Ahli Jemaah Menteri dan Ketua-ketua Setiausaha Kementerian mengenai Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Kedua Belas (KSP RMKe-12) di Putrajaya.

Mesyuarat Khas ini bagi membincangkan hala tuju baharu (2023–2025) yang perlu dibentangkan dalam KSP RMKe-12 bagi memastikan ekonomi negara kekal kukuh dan berada di landasan yang tepat ke arah mencapai agenda Malaysia MADANI.

KSP RMKe-12 merupakan dokumen dasar yang signifikan dalam menentukan hala tuju pembangunan sosioekonomi negara yang seimbang dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan berteraskan nilai-nilai murni.

Mesyuarat hari ini bersetuju supaya semua pihak perlu bergerak sebagai satu pasukan ke arah mempercepatkan pelaksanaan reformasi dan inisiatif ekonomi yang dirancang.

KSP RMKe-12 juga perlu menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam menyelesaikan masalah rakyat susulan daripada perubahan dan cabaran sosioekonomi semasa. Input-input daripada semua kementerian akan diambil kira dalam penyediaan KSP RMKe-12 ini.

Sehubungan itu, semua kementerian perlu lebih serius serta bertindak dengan lebih proaktif, agresif dan berani bagi menyelesaikan isu-isu pelaksanaan dasar terutamanya berkaitan rakyat mengikut lunas perundangan sedia ada.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts