LOKMAN ADAM: JAWAPAN YAB PERDANA MENTERI MENGIKUT DAPATAN SPRM, KEPUTUSAN KEHAKIMAN

386
SHARES
2.3k
VIEWS

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam dalam sidang videonya malam tadi menerangkan bahawa jawapan YAB Perdana Menteri dalam Sidang Dewan Negara semalam merujuk kepada dapatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan keputusan kehakiman terhadap kes Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, bukan dari pandangan peribadinya.

Ini kerana Anwar sendiri sebelum ini berpendirian tegas bahawa tiada salahnya UMNO mahu merayu kepada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk memberi pertimbangan terhadap petisyen Pengampunan Diraja kepada Najib.

Menurut Lokman yang juga Pengarah Komunikasi UMNO, dalam siasatan SPRM terhadap Hakim Mohd. Nazlan mendapati 11 transaksi berjumlah lebih satu juta ringgit itu sememangnya “tidak mengandungi unsur rasuah, salah guna kuasa atau jenayah.

Selain itu, peguam Datuk Najib juga telah bertindak menarik kembali bukti yang sebelumnya ingin dimasukkan dalam perbicaraan melibatkan wang yang diperolehi oleh Hakim Nazlan tersebut.

Mengenai Pelanggaran Kod Etika Hakim pula, siasatan SPRM mendapati Hakim Mohd Nazlan  telah melanggar kod dan mempunyai konflik kepentingan, namun apabila dibawa ke mahkamah, panel tujuan Hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara telah membuat keputusan bahawa Nazlan tidak melakukan sebarang kesalahan.

Dalam penghakimannya, beliau juga berkata bahawa SPRM tidak mengikut protokol ketika menjalankan siasatan terhadap Mohd Nazlan. Malah menurutnya agensi penyiasat seperti SPRM mesti berunding dengan Ketua Hakim Negara terlebih dahulu sebelum memulakan siasatan terhadap Hakim mahkamah atasan.

Tambah Lokman, apa yang YAB Perdana Menteri baca semalam ialah dapatan dan keputusan yang telah dibuat oleh pihak mahkamah dan ini yang perlu difahami dengan jelas.

Menurutnya, Anwar selaku Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bagi menghormati keputusan mahkamah kerana tidak mungkin beliau tidak bersetuju dengan sebarang keputusan yang telah ditetapkan oleh institusi kehakiman.

Sungguhpun begitu, Lokman yakin bahawa Hakim Nazlan boleh dibuktikan telah melanggar Kod Etika Hakim seperti dapatan siasatan SPRM, cuma sebarang tindakan hanya boleh diambil oleh Tengku Maimon selaku Ketua Hakim Negara.

Menurutnya lagi, ini yang berlaku apabila kebanyakan hakim yang ada ketika ini dilantik oleh Tun Mahathir, maka walaupun ‘kepala’nya ditukar sekalipun, ‘angkatan’ yang lain masih merupakan Hakim-hakim yang dilantik di zaman Tun Mahathir.

Beliau turut memberi contoh kebocoran video VK Linggam suatu ketika dahulu yang mendedahkan bahawa lantikan Hakim-hakim ini boleh diaturkan.

Justeru Lokman berharap semoga kerajaan menyedari hal ini dan usaha bagi membetulkan badan kehakiman tidak boleh dihentikan. Walaupun sukar namun usaha reformasi institusi kehakiman, polis, SPRM dan lain-lain badan ini tetap perlu diteruskan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts