KENYATAAN MEDIA GPMS
16 Januari 2019
1. GPMS menyambut baik keputusan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meneruskan Program Sarapan Percuma di sekolah tahun 2020 yang disasarkan kepada pelajar yang kurang berkemampuan.
2. Sesungguhnya, keputusan ini telah memberi manfaat kepada lebih 30 ribu orang pelajar yang kurang berkemampuan di sekolah rendah terpilih seluruh negara bermula 20 Januari 2020.
3. Dalam pada masa yang sama, GPMS juga mencadangkan agar pihak Kementerian memperkasa Program Rancangan Makanan Tambahan sedia ada dari masa ke semasa.
4. Hal ini penting untuk memastikan pelajar di Malaysia mempunyai zat dan gizi yang mencukupi sewaktu rehat di sekolah sebelum menyambung kembali pelajaran di dalam kelas.
5. Tindakan kerajaan pimpinan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad yang sentiasa cakna dan peka terhadap kebajikan pelajar-pelajar sekolah di Malaysia amatlah dihargai.
Semoga usaha ini menjadi wadah dalam melahirkan pelajar holistik untuk masa depan negara tercinta.
Salam hormat,
MOHD ALIF ANAS BIN HJ MD NOOR
Presiden GPMS