APA MAHATHIR KATA MENGENAI KEKALAHAN PARTI WARISAN DI KIMANIS, SABAH

501
SHARES
1.6k
VIEWS

Dr. Mahathir kata:

Kekalahan Parti Warisan (partner Pakatan Harapan), adalah kerana rakyat Sabah belum dapat merasai kebaikan (goodness), dari kerajaan baru di Sabah dan Persekutuan.

Dr. Mahathir kata, segala-gala yang PH dan Warisan lakukan untuk rakyat akan mengambil masa, untuk melihat sebarang hasil dan pencapaian.

Walaupun tewas di Kimanis, PM Dr. Mahathir yakin, Warisan masih lagi popular di Sabah.

ULASAN:

Sesungguhnya kalau itulah penjelasan dan alasan yang diberi oleh Dr. Mahathir sebab kekalahan Warisan dan PH di Kimanis, maka sesungguhnya juga Dr. Mahathir sudah tidak lagi setajam seperti dahulu.

Politik Dr. Mahathir sudah sampai ke penghujung jalan.

Mata sudah kabur. Otak sudah berkarat. Kaki sudah tidak larat. Jiwa sudah melarat.

SEBAB-SEBAB YANG JELAS KENAPA WARISAN DAN PH KALAH DI KIMANIS ADALAH KERANA:

1. Rakyat Kimanis tolak PSS (Pas Sementara Sabah).

2. Rakyat Kimanis tolak Kerajaan Negeri dan Persekutuan yang tidak tunaikan pelbagai janji-janji manis ketika PRU ke-14.

3. Keadaan ekonomi rakyat di Kimanis bertambah buruk. Perniagaan bertambah malap. Peluang pekerjaan semakin tiada. Kos sara hidup semakin naik. PH hapuskan GST tetapi pekenalkan cukai-cukai lain.

4. Calon Warisan, Karim Bujang yang tidak mempunyai track record yang baik, setelah 5 penggal menjadi ADUN. Karim Bujang yang sebenarnya bukan bujang.

5. Rakyat Kimanis tidak mahu ditipu lagi.

JAUH TERSASAR SASARAN DR. MAHATHIR.

Atau Dr. Mahathir hanya bercakap politik untuk menutup kelemahan Warisan dan Pakatan Harapan di Sabah.

APA YANG PASTI:
Sebilah ‘pisau kecil’ sudah keluar untuk “menikam Dr. Mahathir dari belakang” oleh budak-budak dan penyokong bakal Perdana Menteri akan datang.

Salam.

DSBA

20 Januari 2020

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts