SATU PER SATU PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO DITUDUH DI MAHKAMAH

Inilah caranya Kerajaan Pakatan Harapan dan PM Dr. Mahathir ingin menunjukkan kepada rakyat bahawa pemimpin UMNO ini perasuah, kotor, keji, perompak, salah guna kuasa, menghancurkan negara demi kepentingan peribadi dan mengkayakan diri mereka.

HAKIKATNYA:

Inilah pemimpin-pemimpin UMNO yang sayangkan rakyat.

Mendengar denyut jantung serta hati rakyat yang dalam kesusahan.

Menghulurkan bantuan kepada rakyat yang memohon bantuan. Yang merayu agar mereka diberi pertolongan kerana berhadapan dengan kesusahan yang amat sangat.

Inilah pemimpin UMNO yang sentiasa mencari jalan agar kepentingan rakyat diutamakan.

Kesusahan rakyat, adalah kesusahan pemimpin UMNO.

Susah senang bersama.*

MANAKALA KERAJAAN PAKATAN HARAPAN INILAH:

Yang kata Melayu malas. 

Rakyat susah, kerja kuat sedikit. Jangan harapkan bantuan kerajaan.

Yang kata, rakyat negara ini tidak mahu buat kerja yang merbahaya dan kotor.

Yang memotong segala subsidi yang selama ini diberi kepada rakyat.

Rakyat tidak perlu lagi subsidi.

Yang kata, orang Melayu tidak akan maju sekiranya kerajaan terus menerus beri ‘tongkat’ kepada rakyat.

Yang kata, rakyat tidak perlu lagi tongkat.

AKHIRNYA:

Rakyat terus miskin, susah, merana dan berada di dalam keadaan yang amat tertekan.

Kini, tiada kerja.

Duduk di rumah.

Memikirkan di mana rezeki hendak sampai hari ini.

Harta pusaka dan harta sendiri, sudah habis dijual.

Anak masih kecil.

Anak masih bersekolah.

BERBEZA DENGAN ANAK BELIAU:

Anak beliau semakin gah.

Anak beliau semakin kaya.

Memandu kereta-kereta termahal dan ternama.

Ferrari, Bugatti Veyron, Pagani Zonda S.

Harga sebuah kereta Bugatti Veyron mencecah 10 juta ringgit.

RM10 juta untuk sebuah kereta.

RAKYAT TIDAK PERNAH IRI HATI KEPADA KEKAYAAN ANAK-ANAKNYA:

Itu rezeki mereka.

Mereka kuat bekerja.

Bapa mereka bantu anak-anak.

Anak-anak cekap berniaga.

Segala-galanya takdir Allah SWT.

Kaya, senang, berada.

Miskin, susah dan papa kedana.

YANG RAKYAT MINTA:

Janganlah tuduh rakyat malas.

Janganlah cakap, rakyat tidak boleh lagi meminta tolong kepada kerajaan.

Kepada siapa lagi rakyat mahu minta tolong?

Kalau tidak kepada kerajaan dan Perdana Menteri?

BANTULAH RAKYAT.

Meminjam kata-kata Tan Sri Shahrir  Samad yang akan dituduh di mahkamah hari ini:

Kepada siapa lagi saya perlu minta tolong, kalau tidak kepada Presiden UMNO saya.

AL-FATIHAH. 

Negara sudah mati.

Salam. 

DSBA
21 Januari 2020

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts