KERAJAAN PERPADUAN – ELOK UNTUK UMNO DAN PAS, ATAUPUN TIDAK?

547
SHARES
2.7k
VIEWS

Pada 7 Februari ini, UMNO akan mengadakan Mesyuarat Majlis Tertinggi. Perkara paling hangat yang akan dibincangkan ialah sama ada UMNO bersetuju atau tidak untuk bersama-sama Mahathir, membina satu kerajaan yang baru.

Tanpa PKR Anwar Ibrahim, tanpa DAP Lim Guan Eng dan tanpa Amanah Mat Sabu.

Sekiranya UMNO dan BN bersetuju dengan pembentukan satu Kerajaan Perpaduan yang baru, penganalisa berpandangan, Dr. Mahathir mempunyai di antara 120 hingga ke 126 Ahli-ahli Parlimen bersama beliau.

Cukup bilangan MP untuk membina kerajaan yang baru.

Sekiranya ini menjadi realiti, kerajaan Negeri Perak, Kedah, Melaka dan Negeri Sembilan berkemungkinan besar akan menubuhkan satu kerajaan campuran yang baru.

Negeri Pulau Pinang dan Selangor tetap milik Kerajaan Negeri Pakatan Harapan 2.0.

DR. MAHATHIR MEMPUNYAI HANYA 3 PILIHAN:

(i) Serahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim.

(ii) Tendang Anwar, Lim Guan Eng dan Mat Sabu keluar dari kerajaan yang baru; atau

(iii) Bubarkan Dewan Rakyat. Adakan PRU ke-15, dalam waktu terdekat ini.

Rata-rata rakyat mahukan pilihan yang ke-3 ini.

Tetapi ini adalah pilihan terakhir buat Mahathir.

Mahathir tidak akan bubarkan Parlimen kecuali ada sesuatu trigger, kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri.

Sebagai contoh, Anwar kemukakan undi tidak percaya, terhadap Perdana Menteri Dr. Mahathir di Dewan Rakyat pada bulan Mac ini.

UMNO TANPA PAS DAN PERPADUAN UMMAH:

Sekiranya UMNO tidak masuk menyertai kerajaan yang baru ini, manakala PAS pula menyertai kerajaan baru tersebut.

Maka, sekiranya Mahathir mempunyai cukup 112 Ahli Parlimen menyokong beliau tanpa UMNO (Hishamuddin hanya perlu 20 Ahli Parlimen sahaja).

Bermakna, parti PAS menjadi kerajaan dan UMNO menjadi pembangkang bersama PKR Anwar dan DAP LGE.

Mana mungkin di PRU ke-15, UMNO dan PAS menjadi satu pasukan Blok Pakatan politik lagi?

Berkemungkinan untuk 10 tahun mendatang, UMNO akan terus kekal menjadi parti pembangkang seperti di negeri Selangor.

Di Kelantan, sudah hampir 30 tahun, UMNO kekal sebagai satu parti pembangkang.

AHLI-AHLI MKT PERLU BERTANYA – APA SEBENARNYA KEHENDAK MAHATHIR MEMBINA KERAJAAN BARU INI? 

1. Adakah untuk menghalang Anwar jadi Perdana Menteri? Seterusnya menghalang LGE dan DAP bermaharajalela menjuat aset-aset negara.

Selain daripada terus-menerus menjahanamkan ekonomi negara.

2. Atau, adakah untuk mengekalkan Mahathir sebagai Perdana Menteri untuk 1 tahun lagi sehingga APEC November 2020?

Selepas itu, pucuk pimpinan negara di ambil alih oleh pemimpin yang baru.

3. Atau, adakah untuk kekalkan Mahathir sebagai PM sehingga tamat penggal iaitu sehingga tahun 2023? 

SAVE THE COUNTRY FIRST:

Kita perlu selamatkan Malaysia ini  terlebih dahulu daripada ‘kehancuran yang total’ seperti negara-negara Afrika.

Sekiranya, LGE masih Menteri Kewangan, ekonomi negara terus menjunam jatuh.

Di akhir tahun 2023, sudah tiada apa lagi yang boleh diselamatkan.

Market juga tidak mempunyai keyakinan sekira Anwar naik jadi Perdana Menteri kerana Menteri Kewangan tetap LGE.

PEMIMPIN-PEMIMPIN DAN AHLI-AHLI UMNO PERLU BUAT PILIHAN:

KERAJAAN BARU:

PM: Dr. Mahathir.

TPM: Zahid Hamidi dan Haji Hadi.

Menteri-Menteri:

TSMY.

Ismail Sabri.

Mahdzir Khalid.

Hishamuddin.

Tuan Ibrahim Tuan Man

Takayuddin.

Wakil GPS.

Wakil bangsa Cina dan India.

ATAU PILIH:

KERAJAAN PH 2.0:

PM: Anwar Ibrahim.

TPM: Lim Guan Eng.

Menteri-Menteri:

Mat Sabu.

Sallahuddin.

Khalid Samad.

Rafizi.

Teresa Kok.

Gobind Singh.

Kulasegeran.

PILIHAN KITA:

Kerajaan Baru sekarang.

Atau Kerajaan PH 2.0, sehingga tahun 2023.

Negara diperintah oleh PM Anwar Ibrahim dan DAP Lim Guan Eng.

Salam,

SAIFUL BAHAR ARSHAD

5 Februari 2020

Shah Alam, Selangor 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts