EZAM: DARI ANWAR BELIAU DATANG, KEPADA ANWAR BELIAU KEMBALI – BAHAGIAN 2

739
SHARES
4.3k
VIEWS

1. Pada tahun 2007, entah apa sebab sebenarnya, Ezam mengumumkan keluar PKR. Diberitakan, beberapa bulan sebelum itu, pertelagahan Ezam-Azmin tidak dapat disembunyikan lagi. Anwar yang sudah keluar dari penjara pada tahun 2004, dilihat kembali memberi hamparan permaidani merah kepada Azmin secara terbuka. Manakala Ezam pula diberikan hamparan permaidani merah secara rahsia dan terpilih oleh Anwar.

2. Khalid Jaafar, bekas Setiausaha Akhbar Anwar dan kini Penasihat kepada Azmin pernah menulis perangai Ezam seperti anak kecil yang dahagakan perhatian. Apa yang Ezam tidak dapat dan Azmin dapat, semuanya Ezam adukan kepada Anwar.

Khalid mengumpamakan Ezam seperti kanak-kanak kecil yang berusaha mendapatkan aiskrim dan apabila aiskrimnya jatuh lalu dipijak, Ezam merengek, menangis lalu merajuk apabila aduannya tidak diambil perhatian. Itu adalah analogi dari seorang rakan Ezam, yang pernah bekerja untuk seorang ketua bernama Anwar ketika dalam kerajaan BN.

3. Apabila Ezam meninggalkan Anwar pada tahun 2007, bermulalah pendedahan cerita ‘dalam kain’ tentang Anwar dan keluarganya. Ketika itu Ezam keluar PKR bersama pakej satu kumpulan yang tidak berpuas hati dengan Anwar, atau lebih tepat tidak puas hati Anwar terlalu mengutamakan Azmin. Ezam dikhabarkan mendapat tajaan dari UMNO untuk membuat ‘road show‘ membelasah Anwar dan Azmin.

4. Ketika itu apa yang Ezam tidak kata kepada Anwar dan keluarganya? Azmin serta keluarga turut menjadi sasaran Ezam. Ezam dan rakan-rakan secara terbuka mengatakan Anwar peliwat dalam road show mereka. Siap bercerita di atas pentas ceramah kononnya Wan Azizah akan menelefon Ezam dan meminta beliau mengawasi Anwar setiap kali Anwar pulang ke Bukit Damansara secara bersendirian. Kononnya Wan Azizah bimbang Anwar akan berdua-duaan dengan seorang bekas banduan yang digaji untuk bekerja di rumah Anwar apabila Azizah tiada di rumah. 

5. Ezam juga ketika mahu ‘mencari’ tempat di kalangan ‘circle‘ Pak Lah sering memuji Pak Lah. Menurut Ezam ketika itu, Pak Lah jauh lebih baik dari Anwar dalam melaksanakan ‘reform‘ dalam pentadbirannya. Pak Lah komited dengan imejnya sebagai ‘Mr. Clean’, sesuai dengan gaya pentadbiran Pak Lah yang mahu kerajaannya bersih dan dilihat bersih. Manakala Ezam mengatakan Anwar hanya retorik dalam semua tindakan ‘reform‘ dan Anwar hanya bermain politik dalam setiap tindakannya.

Itu yang tidak tercapai akal manusia waras apabila minggu lepas Ezam tiba-tiba mengatakan Anwarlah pemimpin yang paling komited melaksanakan reform sesuai dengan pendirian beliau. Bagi semua kawan dan lawan Anwar, tentunya mereka ketawa berguling-guling apabila mendengar Ezam mengatakan demikian..

6. Sama juga terhadap Azmin, apa yang Ezam tidak cemuh mengenai Azmin. Yang paling tidak dilupakan ialah apabila Ezam galak mengusung Umi Hafilda di atas pentas ceramah menghentam Anwar dan Azmin. Keluar dari mulut Ezam, yang Azmin ini dayus, ‘menjual’ isteri, isteri Azmin ada ‘anak h***m’ dengan Anwar, keluarga Azmin ini ‘keluarga 69’ , ‘tunggang terbalik’ dan macam-macam lagi. Itu tahun 2008 hingga 2016.

Anehnya, selepas PRU ke-14, Ezam pula yang tunggang terbalik. Keluar dari mulut Ezam, Azmin adalah pemimpin masa depan, Azmin perlu diberi peluang memimpin Malaysia dan macam-macam pujian menggunung terhadap Azmin.

Terkini, Ezam dah mula ‘hentam’ Azmin kembali. Alasannya Azmin ada masalah moral. Jika ini dijadikan ukuran, Ezam telah mengatakan Azmin memang tiada moral seawal tahun 1998. Jadi mengapa pada tahun 2016-2018 Ezam boleh memuji pemimpin yang tiada moral ini dan tahun 2019, kembali mengungkit isu moral ekoran insiden video Sandakan?

7. Ezam adalah manusia yang ‘menjilat kahak’ sendiri. Satu persatu kawan dan lawan di’kahak’nya. Namun selepas itu beliau sendiri yang mejilat kahak yang diludahnya demi kepentingan diri sendiri…

Oleh Paku Warren

(Bersambung ke bahagian 3)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts