Ini bermaksud:
Dr. Mahathir acknowledge (memberi pengakuan) bahawa Kabinet Pakatan Harapan yang baru sahaja dibubarkan adalah satu kabinet yang gagal.
MENTERI KEWANGAN:
Setiausaha Agung DAP.
Menteri Kewangan yang paling gagal dalam sejarah negara.
Berhutang banyak.
Kutip cukai berkurangan.
Memperkenalkan pelbagai cukai baru.
Saham di Bursa menjunam.
Ekonomi negara hancur.
‘Terjah’ RM82 billion duit Petronas.
Jual aset-aset terbaik negara.
MENTERI PERTAHANAN:
Presiden Amanah.
Menteri Pertahanan yang tidak pandai berbahasa Inggeris di pentas antarabangsa tetapi pandai memasak.
Dari tukang masak menjadi ahli politik dan kemudiannya menjadi Menteri Pertahanan.
Hubungan keselamatan antarabangsa negara jadi kacau-bilau di bawah menteri ini.
MENTERI DI JPM (AGAMA):
Naib Presiden parti Amanah.
Huru-hara hal ehwal agama Islam di bawah Menteri ini.
Aset Tabung Haji dijual begitu sahaja.
Kos menunaikan Haji naik mendadak.
Dividen Tabung Haji paling rendah dalam sejarah.
Menteri yang terlalu liberal.
Jemput wakil LGBT ke pejabat Jakim, seolah-olah memberi pengiktirafan kepada golongan LGBT.
Mula-mula endosed tandas istimewa untuk LGBT.
Akhirnya, seorang LGBT mengerjakan umrah berpakaian perempuan, walaupun memiliki passport lelaki.
Bercelaru habis hal ehwal agama Islam di bawah menteri ini.
MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
Pengarah Komunikasi Amanah.
Menteri Wilayah yang paling kontroversi, mulut celupar dan tiada hala tuju di dalam perancangan strategik untuk bandar Kuala Lumpur.
Projek Kampung Baru jadi ‘caca marba’.
Peniaga-peniaga tepi jalan orang Melayu tiada pembelaan, malahan dihalau oleh penguatkuasa.
MENTERI PERUSAHAAN UTAMA:
Minister of Primary Industry – Teresa Kok.
Timbalan Setiausaha Agung DAP.
Menteri yang paling tidak berpengalaman di kementerian ini.
Menteri paling bodoh ever di Primary Industry.
Harga komoditi minyak sawit menjunam jatuh. Menteri ini minta rakyat minum sesudu minyak sawit sehari untuk memulihkan harga minyak sawit.
Cadangan paling bodoh dan ‘kartun’ dalam sejarah politik negara Malaysia.
KESIMPULANNYA:
Dr. Mahathir mahu memilih orang-orang lain mengisi jawatan-jawatan menteri ini tanpa terikat kepada kedudukan mereka di dalam parti.
Bermakna juga, tiada tempat untuk Zahid Hamidi, Presiden UMNO.
Dan tiada tempat untuk Hj. Hadi Awang, Presiden PAS.
Mungkin ada tempat untuk Hishamuddin, walaupun dia hanya Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Johor.
Mungkin ada tempat untuk Hamzah Zainuddin, walaupun dia hanya Ahli Parlimen biasa dan Ketua UMNO Bahagian Larut.
Kemungkinan ada tempat untuk Zeti Akhtar Aziz sebagai Menteri Kewangan atau Menteri Ekonomi yang baru selepas dilantik sebagai Senator.
PERSOALANNYA:
Kabinet cadangan dari Dr. Mahathir ini akan menjadi satu: KERAJAAN MAHATHIR.
Dan bukan satu Kerajaan Perpaduan (Unity Government), yang sebenar.
Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri akan beroperasi seumpama seorang Presiden di Amerika Syarikat yang membina Kabinetnya tanpa terikat kepada mana-mana parti politik.
MANA MUNGKIN:
Malaysia merupakan sebuah negara Demokrasi Berparlimen yang berpaksikan daripada pembentukan parti-parti politik.
Ketua-Ketua parti politik ini perlu berada di dalam Kabinet bagi menentukan dasar, hala tuju negara dan perancangan masa depan negara berada di landasan yang betul.
ADALAH LEBIH BAIK DR. MAHATHIR BERSARA DARI POLITIK DAN DEWAN RAKYAT DIBUBARKAN.
KEMBALIKAN KUASA KEPADA RAKYAT UNTUK MENENTUKAN MASA DEPAN NEGARA.
Salam.
DSBA
27 Februari 2020