TUN MAHATHIR TIDAK BOLEH TERIMA KENYATAAN ATAS KESILAPAN SENDIRI

642
SHARES
1.8k
VIEWS

Atas kesilapan sendiri, bekas Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah meletakkan dirinya sendiri dalam keadaan serba salah dan kelihatan janggal.

Dalam usia yang sebegitu lanjut, Tun Mahathir dilihat masih ingin berkuasa tanpa mengira siapa penyokong dan apakah sentimen dan agenda yang mereka bawa.

Jika sebelum ini beliau dilihat sangat terdesak tidak mahu menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, sehingga menawarkan kerjasama membentuk kerajaan gabungan bersama Muafakat Nasional, yang kemudiannya beliau khianati kerana masih tidak mahu melepaskan jawatan Perdana Menteri.

Beliau kemudiannya sanggup  ‘menjilat ludah’ sendiri apabila bekerjasama kembali dengan saki baki Pakatan Harapan iaitu Anwar, DAP dan PAN walaupun beliaulah punca kepada kerajaan Pakatan Harapan terbubar, asalkan diangkat menjadi Perdana Menteri. 

DAP, PAN dan PKR juga berubah daripada menyokong penuh Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kelapan kepada terpaksa menyokong Tun Mahathir bagi mempergunakan beliau di saat-saat akhir, kerana takut kehilangan kuasa. 

Ini berlaku setelah Yang Di-Pertuan Agong melalui Istana Negara mengeluarkan kenyataan bahawa Seri Paduka Baginda berkenan melantik Tan Sri Muhyiddin Md Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan. 

Kemudiannya apabila semakin terdesak, Tun Mahathir cuba meletakkan kesalahan dan kesilapan yang dilakukan beliau sendiri ke atas Seri Paduka Baginda, kerana kononnya Baginda sudah membuat keputusan tidak mahu berjumpa dengannya lagi.

Menurut Tun Mahathir, keengganan Seri Paduka Baginda ini mengakibatkan Pakatan Harapan tidak dapat menyerahkan sokongan 114 Ahli Parlimen.

Tun Mahathir dan Pakatan Harapan seperti biasa menggunakan taktik “playing as a victim“. 

Sebagai rekod, Tun Mahathir dan Pakatan Harapan berusaha mendapatkan sokongan Ahli-ahli Parlimen sehingga ke tengah malam, setelah pihak Istana Negara mengeluarkan makluman titah Seri Paduka Baginda berkenan melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan di sebelah petangnya. 

Ini jelas menunjukkan “tempoh menunjukkan bukti sokongan” telahpun tamat namun Tun Mahathir dan Pakatan Harapan berdolak-dalik kerana tidak sanggup kehilangan kuasa yang baru sahaja dikecapi tidak sampai dua tahun. 

YDPA sudah membuat keputusan dan (Muhyiddin) diangkat mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-8 pada jam 10.30 pagi nanti walaupun kita mempunyai majoriti.” 

Saya tidak ada peluang untuk memberitahu Yang di-Pertuan Agong yang dia (Muhyiddin) tidak mempunyai majoriti dan tidak dapat berkomunikasi dengan istana”.

Tun Mahathir juga mengaku bahawa Pakatan Harapan kini terpaksa menunggu sidang Dewan Rakyat yang akan bersidang tidak lama lagi, untuk menunjukkan mempunyai sokongan majoriti bagi membentuk kerajaan.

Di atas kesilapan dan kecuaian yang dilakukan sendiri, akhirnya Tun Mahathir dan Pakatan Harapan terperangkap dengan strategi dan perancangan masing-masing yang tidak kesampaian.

Tun Mahathir tidak dapat menerima kenyataan sebegini kerana selama ini beliau rasa beliau adalah perancang terbaik namun perancangan beliau itu tidak mampu mengatasi perancangan dan ketetapan Allah Taala. 

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts