BERAPA MASANYA YANG KERAJAAN PAKATAN NASIONAL ADA?

488
SHARES
1.6k
VIEWS

Oleh Dr. Novandri Hasan Basri

1. Sekarang, Anwar Ibrahim dakwa PH ada 112 Ahli Parlimen yang menyokong PH.

2. Kurang daripada 24 jam yang lepas, Mahathir dakwa ada 114 Ahli Parlimen!

3. Jelas bahwa PH telah menipu rakyat dan lebih teruk lagi, PH cuba menipu DYMM Agong! Jika Tuanku Agongpun cuba ditipu, apatah lagi kita, rakyat biasa ini?

4. PH tuntut Sidang Parlimen pada 9 Mac ini? Mana mungkin.

5. Tuanku Agong sendiri telah bertitah bahawa proses pelantikan Perdana Menteri tidak boleh dilengah kerana negara memerlukan kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan negara.

6. Sudah tentu YDP Agong akan memberi masa (yang dibolehkan oleh Perlembagaan Persekutuan) kepada kerajaan baharu ini.

7. Kabinet mesti diisi dahulu. Kini Perikatan Nasional punyai ramai calon Ahli Parlimen yang berkelayakan untuk menerajui kementerian bukannya clowns and jokers, roti john atau sijil palsu seperti kerajaan PH.

8. Pegawai tertinggi @ politician dalam agensi kerajaan yang dilantik oleh kerajaan PH mesti ditukar seperti SPRM, Peguam Negara, Suruhanjaya Pilihan Raya

9. Begitu juga Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat. Dikhuatiri mereka akan berat sebelah dan pro-PH.

10. Kementeria-kementerian terutamanya Kementerian Kewangan mesti ‘dicuci’ terlebih dahulu dengan turut memecat pegawai-pegawai lantikan politik.

11. DAN selepas PH kurang ‘meracau’ tahap ‘gila’ mereka, Perikatan Nasional (PN) diyakini mampu bertahan sebagai satu kerajaan dan PH gagal dengan undi tidak percaya dalam Parlimen, GLC kerajaan pula perlu dibersihkan dengan memecat pegawai-pegawai lantikan politik.

12. Pemecatan ini tidak dapat dielakkan. Mereka yang pernah dipecat oleh kerajaan PH lebih faham ertinya.

13. Kes-kes mahkamah seperti terowong LTTE, allahyarham Adib dan banglo terlajak murah perlu dibuka semula. Yang bersalah mesti disumbatĀ  ke dalam penjara.

14. Jika rujuk Perkara 55(1), Perikatan Nasional hanya ada 3 bulan lagi (sehingga awal bulan Jun) untuk perkuatkan kerajaan sebelum berdepan Sidang Parlimen.

15. Sidang Parlimen boleh dtangguh selagi tempohnya 6 bulan daripada persidangan yang akhir iaitu pada 7 Oktober – 5 Disember 2019.

16. Perkara 55. (1) Yang Di-Pertuan Agong hendaklah memanggil Parlimen dari semasa ke semasa dan tidak boleh membiarkan enam bulan berlalu antara persidangan yang akhir dalam satu penggal dengan tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat pertamanya dalam penggal yang berikutnya.

17. Jika tidakpun, Speaker Dewan Rakyat yang baharu boleh sahaja menolak usul undi tidak percaya atau meletakkan usul di paling corot sekali kerana banyak lagi isu rakyat dan teruknya kerajaan PH sebelum ini yang perlu diperbetulkan semula.

18. Jika ini berlaku, ramailah Ahli Parlimen PH yang dapat gaji buta jika mereka keluar dewan tanda ‘protes’, kononnya. Aksi ‘lotong’ akan menjadi-jadi. Tidak mengejutkan jika Mahathir meletakkan jawatan Ahli Parlimen Langkawi.

19. PERLU diingat bahwa dalam tempoh yang genting ini, PN perlu memikirkan formula, pelan dan gerak kerja yang meyakinkan rakyat bukan membohongi rakyat seperti kerajaan PH.

20. TETAPI jika Perdana Menteri baharu buat kiraan dan dapati tidak dapat sokongan majoriti Ahli Parlimen, beliau boleh nasihatkan DYMM Agong untuk bubarkan Parlimen.

21. SEKARANG juga adalah masa untuk kepimpinan kerajaan dan kabinet untuk proaktif menjawab, memperbetul serta menguruskan persepsi, satu perkara yang gagal dilakukan oleh kerajaan BN sebelum ini! Tidak boleh ambil ringan lagi dan jangan tersilap sekali lagi!

Dan benar, konflik politik ini tidak akan berhenti malah akan bertambah teruk lagi.

Dipetik dari laman Facebook beliau di pautan;

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1050626731984864&id=100011126418577

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts