Oleh Isham Jalil
Saya nampak seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan ini.
Selepas perintah ini dikeluarkan semalam, lebih ramai penduduk bergerak daripada kawasan ketumpatan tinggi jangkitan di bandar-bandar (Selangor dan Wilayah Persekutuan) ke kawasan ketumpatan rendah jangkitan di luar bandar.
Beribu-ribu penduduk di kawasan tinggi jangkitan bergerak balik ke kampung ke kawasan yang belum dijangkiti atau kurang jangkitan.
Virus ini boleh dibawa oleh pesakit yang telah dijangkiti tanpa apa-apa simptom selama sehingga 14 hari.
Jika ada antara mereka yang dijangkiti, maka coronavirus ini akan pergi bersama-sama mereka balik ke kampung dan virus ini akan merebak ke kawasan yang lebih besar.
Jika ini berlaku maka tujuan perintah kawalan pergerakan ini akan mendatangkan hasil yang sebaliknya iaitu penularan yang lebih teruk bukannya berkurang.
Semasa berkhidmat dengan kerajaan dahulu, saya pernah berpengalaman menghadapi krisis banjir besar, MH370, MH17 dan lain-lain krisis bersama agensi-agensi kerajaan dan Majlis Keselamatan Negara.
Saya rasa krisis virus ini perlu ditangani dengan lebih berhati-hati untuk mengelak kesilapan yang membawa padah.
Saya harap kerajaan dan pihak berkuasa dapat membuat keputusan dengan tuntas dan menyelaras pelaksanaan dengan cekap dalam krisis ini demi keselamatan rakyat.
18 Mac 2020
p/s: Gambar hiasan semasa krisis banjir besar 2014 bersama Bossku
https://www.facebook.com/220524935369705/posts/676982066390654/?d=n