Dalam menghadapi sesuatu krisis, 2 ASAS UTAMA yang wajib berfungsi dengan berkesan iaitu KOMUNIKASI dan KOORDINASI.
Apabila salah satu tidak berfungsi dengan baik akan tercetuslah suasana haru-biru, bahkan sebaliknya kemudaratan pula yang bakal melanda hingga menyusahkan rakyat!
Contoh terbaik berlaku dalam krisis Coronavirus kini. Apabila diumumkan penutupan kampus-kampus univesiti, berkejar pelajar-pelajar universiti membeli tiket bas.
Tiba-tiba polis pula mengumumkan keperluan untuk dapatkan permit pergerakan luar sempadan. Kementerian Kesihatan pula tidak galakkan keluar kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan.
Akhirnya balai polis menjadi kawasan berisiko tinggi terdedah kepada Coronavirus lantaran kebanjiran orang ramai nak dapatkan permit.
Mohon Majlis Keselamatan Negara dapat bertindak dengan segera memantapkan KOORDINASI dan KOMUNIKASI bersama-sama dengan Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Kesihatan sebelum suasana menjadi lebih buruk dan rakyat menjadi mangsa keadaan!
Nota: Tolong juga pastikan kafe, kantin dewan-dewan makan di kampus-kampus tidak ditutup sepanjang 14 hari ini bagi menampung pelajar yang tidak dapat pulang.