Oleh Isham Jalil
Saya ingin bertanya, siapa sebenarnya yang jadi spokesperson atau penyampai komunikasi dan maklumat bagi pihak kerajaan dalam krisis COVID-19 ini?
Saya lihat kebanyakan menteri termasuk Perdana Menteri mendiamkan diri sejak kelmarin, dan Ketua Polis Negara nampaknya tidak sesuai untuk membuat kenyataan untuk menangani keadaan.
Dalam sesuatu krisis, komunikasi adalah penting.
Kerajaan tidak boleh harap untuk rakyat menelefon talian Majlis Keselamatan Negara sahaja untuk mendapatkan maklumat.
Kerajaan perlu secara proaktif menyampaikan maklumat kepada rakyat dengan kerap, konsisten dan terkini untuk menenangkan keadaan.
Sebab jika maklumat tidak ada atau kurang daripada saluran rasmi yang sahih dari pihak berwajib dan pemimpin kerajaan, maka orang akan mudah terpengaruh dengan maklumat yang tidak rasmi dan tidak sahih dari saluran lain yang akan menerukkan lagi keadaan.
Menangkap orang yang menyebarkan maklumat tidak sahih tidak akan menyelesaikan masalah.
Dalam krisis yang sebahaya dan sekritikal ini, saya cadangkan supaya YAB Perdana Menteri sendiri yang membuat sidang media bersama Majlis Keselamatan Negara setiap hari sehingga keadaan menjadi pulih.
Jika tidak tentunya kekeliruan seperti semalam akan berlaku lagi yang akan membahayakan lagi keadaan dan meletakkan rakyat kepada risiko yang lebih tinggi.
18 Mac 2020
https://www.facebook.com/220524935369705/posts/677337246355136/?d=n