GANDINGAN MANTAP RAZARUDIN, AYOB KHAN SEBAGAI KPN, TIMBALAN KPN

75
SHARES
242
VIEWS

Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain @ Abd Rasid serta Timbalan KPN Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay yang baharu dilantik dilihat sebagai satu gandingan yang amat mantap untuk menerajui Polis DiRaja Malaysia (PDRM) pada hari ini.

Malah lantikan kedua-duanya juga mendapat reaksi positif dan sambutan hangat serta pujian dari pelbagai lapisan masyarakat yang turut mengucapkan tahniah bertali-arus di pelbagai platform media sosial.

Tinjauan Editor Malaysia secara rambang di sekitar ibukota dan sesetengah tempat di Selangor juga mendapati rata-rata rakyat amat berpuas hati dengan lantikan kedua-duanya.

Sebagai rekod, pelantikan Tan Sri KPN dan Datuk Seri Timbalan KPN telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri serta atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis.

Diharapkan gandingan mantap kedua-duanya ini dapat membantu meneruskan misi Kerajaan Perpaduan untuk melaksanakan reformasi institusi, membanteras jenayah, salah guna kuasa dan rasuah, selain berkhidmat dengan cemerlang untuk negara dan rakyat – sekaligus memperkasa agenda Malaysia MADANI di negara ini.

Justeru, semoga Allah SWT memberikan kekuatan, kebijaksanaan serta keberkatan ke atas segala usaha dan khidmat bakti Tan Sri Razarudin dan Datuk Seri Ayob Khan bagi memperkasa PDRM serta memastikan kedaulatan dan keselamatan negara ini terus terjamin, In sha Allah.

Tahniah.

Facebook
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts